"CeBisAn HiDuP DA'ie WAQafAn..."

...DUNIA tak sentiasa KKJ...

Monday, April 25, 2011

tinta seorang da'ie 33 : IMAM MUDA VS USTAZAH IDAMAN...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t. saya ucapkan kepada rakan yang beragama Islam
dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada rakan yang bukan Islam...

InsyaALLAH pada entry kali ni ana nak cerita sedikit pasal
dunia hiburan pada hari ini..

Sedarsawarsa ini, kita sering kali dihidangkan
dengan lambakan bentuk hiburan sama ada dari dalam mahupun luar negara...
tidak kira apa bentuk sekalipown samada filem, drama, lagu mahupown tarian..
Sebagai contoh industri nyanyian,
terlalu banyak genre lagu yang kita sedia maklum seperti
rock, balada, irama asli, nasyeed dan sebagainya...

Perlu diperingatkan di sini,
BERHIBUR TIADA SALAHNYA,
KERNA HIBURAN ITU INDAH
ASALKAN KITA PANDAI MEMILIHNYA
DAN MENEPATI SYARAK...

Selain daripada penyanyi2 yang dah sedia ada,
dunia kini semakin ghairah untuk melahirkan bakat2 baru
dalam industri hiburan terutama bidang nyanyian..

lantaran itu, muncullah beberapa program realiti tv untuk melahirkan
kononnya bakat2 baru ini..
saban tahun, berjuta2 wang dilaburkan untuk menjayakan program ini,
namun beberapa peserta sahaja yang menjadi,
'TAK KE RUGI NAMANYA'...
tidak cukup sekadar itu, penonton mahupown peminat
sentiasa diprovokasi oleh pihak tertentu agar
menghantarkan undian kepada peserta..
kononnya 'JARI ANDA MENJADI JURI'

Cuba kita renungkan secara mendalam..
agaknya, apa faedah yang kita dapat??
UNDIAN itu DUIT anda..
dengan senang anda menyerahkan duit
hasil titik peluh anda mahupown ibubapa
kepada mereka yang hanya mahu mengaut keuntungan...
KALAULAH KITA GANTIKAN DUIT YANG KITA
HANTAR UNTUK UNDIAN KEPADA 
SEDEKAH DI MASJID,
SUDAH TENTU LEBIH BERMANFAAT
DAN TABUNG MASJID POWN SENTIASA PENUH....
kita juga melabur untuk AKHIRAT...
bukan melabur untuk program duniawi yang sia2 ni..


SABAN TAHUN MENANTI....
Pada tahun 2010 yang lalu..
Astro Oasis telah memberikan inspirasi baru
dalam dunia realiti tv...
akhirnya muncul satu program realiti tv islamik
yang sudah lama dinanti2kan oleh hati2 yang rindukan
agama, Rasul dan Tuhannya...
siapa kata program islamik tak laku??


Lihat IMAM MUDA...
bukan saja membuka mata masyarakat tempatan 
malah membuka mata DUNIA...
media2 antarabangsa turut tidak melepaskan peluang untuk membuat liputan...
dan kita lihat sendiri produk2 yang dilahirkan oleh IMAM MUDA..
semuanya menjadi dan meneruskan mata rantai dakwah 
di muka bumi ALLAH ini dalam menyebarkan risalah tauhid,
mengajak amar makruf dan nahi munkar...
Inilah golongan yang patut kita sanjung dan sokong....
ada yang sudah membuka syarikat sendiri lagi....

Juara IMAM MUDA musim 1

Program berprestij ini tidak terhenti setakat musim 1 saja...
tahun ini, 2011 program ini diteruskan dengan musim kedua
yang dijanjikan lebih menarik kerana mendapat peserta daripada negara jiran
Singapura dan Brunei...
itulah keunikan IMAM MUDA 2...
Saingan semakin sengit,
bilangan penonton harap semakin ramai....

muka2 IMAM MUDA 2


InsyaALLAH,
selepas tamat IMAM MUDA 2 nanti,
Astro Oasis sekali lagi
akan menerbitkan sebuah lagi program
realiti tv yang berbentuk islamik...
sekiranya MUSLIM UNGGUL
mampu dilahirkan,
sudah pasti kita memerlukan 
MUSLIMAH UNGGUL pula...
nantikan...

USTAZAH IDAMAN

semoga terus memecah TRADISI
dunia penyiaran negara...

0 comments:

Post a Comment

sharing is caring...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget
Cool Neon Green Outer Glow Pointer