Assalamualaikum w.b.t
Kepada semua musafir dakwah alam cyber ni...
Kalau tak da duet nak bermusafir di luar,
Bermusafir dari blog ke blog pown jadi la.. J
Sebelum tu apa khabar iman kita suma hari ini??
insyaALLAH masih terpelihara...
Jadiiii...
Cebisan hidup seorang daie pada kali ini
berkisar tentang perjalanannya sepanjang jam 7.30pg sehingga 9.00pg..
bertarikh 4 April 2011 pada hari Isnin..
PerJALANAN pown bermula...
Selesai membuat persiapan diri,
Biasa la.. cuti2 ni mandi lepas Subuh la..
Elehh.. antum pown sama jaa... :)
Lalu enjin kereta Produa VIVA elite
biru metallic dihidupkan (bukan kereta sendiri)...
biru metallic dihidupkan (bukan kereta sendiri)...
Rasanya inilah kali pertama dia ni memandu sendiri kereta itu..
Sudah la baru ada lesen L..
Naseb baik tak da roadblock tadi..
Alhamdulillah..
Ishh muslimeen ni..
Ke mana lah dia ni nak pergi agaknya??
Perjalanan itu bermula dari SG LIMAU DALAM
ke SUNGAI PETANI Kedah..
Fuhh.. bukan dekat tu..
Perjalanan mengambil masa selama 45 minit...
Keadaan trafik pown tak sesak..
Cuma keadaan jalanraya yang kurang memuaskan..
Biasa la.. guna jalan kampung...
Akhirnya.. tibalah dia ke destinasi tersebut....
Laaa... ke hospital rupanya..
Kenapa dia ni pergi hospital pula??
HOSPITAL SG PETANI pula tu..
hospital kat YAN kan ada..
dekat la siket...
HOSPITAL SG PETANI pula tu..
hospital kat YAN kan ada..
dekat la siket...
Dia ni saket ka??
Sebenarnya dia ni memang mempunyai penyakit
yang agak berBAHAYA...
Selama ini dia tidak pernah menceritakan perihal
penyakit yang sedang dihidapinya kepada orang
lain walaupun dengan ibu bapanya sendiri...
Lebih menyedihkan, penyakit ini tiada penawar..
Jika dibawa ke hospital terkemuka di dunia pown
Nescaya tiada rawatan yang dapat membantu...
Sebelum ni di KKJ, ukhwah dia dan rakan2nya sangat MANTOP..
Namun tiada seorang pown yang tahu akan penyakit yang sedang
dihidapi olehnya...
Bukan mereka tak mahu tanya sebenarnya,
Tetapi..
Manalah terlintas di benak fikiran mereka yang
sahabat mereka seorang ni ada penyakit kronik...
Namun begitu, virus ini tidak merebak
dan tidak menjangkiti orang lain..
Oleh itu, dia boleh didekati oleh masyarakat...
Satu-satunya jalan untuk mengatasi penyakit ini
ialah dengan pergi ke hospital
yang agak baru dan besar..
Usai meletakkan kereta di tempat yang
disediakan, dia pown mengunci pintu kereta itu..
Lama betul mencari tempat letak kereta tadi..
Lebih kurang 10 minit juga..
Semuanya penuh dan sesak teruk...
Terlintas di benak fikirannya..
Ni hospital ke ape ni??
Ada audition pape ke??
Mustahil...
Mesti ramai yang sedang mendapatkan rawatan..
YA ALLAH sembuhkanlah penyakit mereka....
1 comments:
cepat wat sambungan, tak sabar nak baca..
Post a Comment