"CeBisAn HiDuP DA'ie WAQafAn..."

...DUNIA tak sentiasa KKJ...

Friday, April 1, 2011

tinta seorang daie 25 : Bicara Hati Buatmu STAYER...


SALAMULLAHIALAIKUMWARAHMATUHUWABARAKATUH....
sidang hadirin dan hadirat yang dimuliakan ALLAH sakalian..
kaifahalukum jami'an??
kaifa imanukum jami'an??
semoga di paras yang terbaik hendaknya...

hari baru bulan baru...
inilah entry pertama untuk bulan april ini...
harapnye jari jemari ini x pernah jemu untuk terus menaip di blog kerdil ini...
dan sentiasa mengisi hati2 yang dahagakan santapan rohani..
insyaALLAH..


hah, apa itu STAYER??
mungkin ramai di antara kita yang masih tidak sinonim dengan istilah keramat ini..
namun, bagi penuntut mahupun bekas penuntut di bumi waqafan bumi tercinta,
istilah STAYER amatlah bermakna..
mereka ini adalah golongan yang bakal menyambung mata rantai tarbiyah kepada adik2
warga Bumi Waqafan agar sentiasa memecah tradisi dalam mengekalkan kecemerlangan
dunia dan akhirat..
insyaALLAH...

Namun, sebagai seorang STAYER, 
apakah niat sebenar anda untuk terus
berada di Bumi Waqafan selama lebih kurang 2 tahun lagi??

Adakah kerana anda ingin memegang jawatan besar semata-mata??
Kerana anda tidak cukup bilangan A dalam SPM untuk ke IPT??
Kerana anda rindu dengan biah solehah di Bumi Waqafan??
Kerana anda rindu dengan guru2 di BW??
Kerana anda rindu dengan tarbiyah di sana??
Kerana anda rindu dengan ukhwah dan friends??
Kerana anda rindu dengan udara subuh yang nyaman di KI??
Kerana rindukan bayu segar Masjid Sultan Suleiman??
Kerana anda rindu dengan tahajjud di musolla Saidina Ali??
Kerana anda rindu akan tazkirah Asar dan Maghrib??
Kerana anda rindukan padang dan gim untuk riadah??
Kerana anda rindukan DM dan kantin yang sentiasa menyelerakan??
Kerana ini pilihan terakhir anda??

Biarpun berjuta alasan yang anda berikan, IKHLASkanlah niat kita dalam perjuangan ini..
jadikan Bumi Waqafan ini tempat kita menyemai benih generasi unggul masa hadapan..
kongsikanlah segala tarbiyah yang pernah kita peroleh selama ini dari abang2 dan kakak2 terdahulu..
semoga ALLAH sentiasa memberkati segala usaha suci anda ini..
ini bukanlah suatu pengorbanan,
ini merupakan suatu JIHAD...
rebutlah peluang ini...

Pesanan buatmu STAYER..
janganlah mudah membangga diri..
anda tidak diperlukan untuk itu..
TETAPI, anda diperlukan untuk meneruskan kesinambungan 
kecemerlangan dunia dan akhirat warga BW hari ini dan seterusnya..
"Biarpun bumi dan matahari bertembung antara satu sama lain,
biarpun gunung-ganang salin bertangkupan,
tarbiyah dan biah solehah di Bumi Waqafan mesti terus terpelihara.."


DOA RABITAH

Ya ALLAH, ini adalah perginya malamMu
dan datangnya siangMu..
Suara permohonan kepadaMu maka 
ampunilah kami..

Ya ALLAH, Engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati2 ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat
dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya...
kekalkanlah kemesraan antara hati2 ini 
akan jalanNya yang benar..
penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu 
yang tidak kunjung malap..
lapangkan hati2 ini denagn limpahan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMu..
hidup suburkan hati2 ini dengan ma'rifat tentangMu..
maka matikanlah pemilik hati2 ini sebagai
para syuhada dalam perjuangan agamaMu..
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan
sebaik-baik penolong...

Ya ALLAH.. perkenankanlah permintaan ini..

amin..amin ya Rabbal Alamin...

7 comments:

stay itu hidayah... stay itu tarbiyah... stay hanya wasilah,, bukan matlamat~~~
 
btol tu... :)
doakan kejayaan mereka...
 
salam buat sahabat seperjuangan...semoga usaha kita dlam dakwah ni diberkati dan dpermudahkan oleh ALLAH...
 
insyaALLAH.. doakan kejayaan kite bersama..
 
semoga ukhwah kita kekal bersama...
 
insyaALLAH... selalulah melawat blog ini... :)
 
salam...
walaup0n diriku x mgenalimu...
sya nk tnya 1 s0alan je...
kmu dulu sklah man....????
mksud sy sk0lah mnengah...
 

Post a Comment

sharing is caring...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cool Neon Green Outer Glow Pointer