"CeBisAn HiDuP DA'ie WAQafAn..."

...DUNIA tak sentiasa KKJ...

Monday, March 28, 2011

tinta seorang daie 24 : SYABAB merindui MURSYIDNYA...


ASSALAMUALAIKUM SAHABAT2
yang saya kasihi kerana ALLAH sekalian..
Khabar baik hendaknye yek..

Agaknye ape yang ana nak tulis dalam entry kali ni ye..
JOM same2 kite bace....
Maka al-kisah pun bermula...
Pada tahun 2005 yang lalu....
seorang hamba ALLAH telah bermimpi....
dia bertemu dengan seorang lelaki berjubah putih..
lelaki itu berkata " wahai anakku, ke manakah jalanmu selepas ini??"
lalu budak itu menjawab "belum tau lagi atuk.."
"jika begitu pilihlah jalan menuju Tuhanmu wahai anakku"
si budak itu berasa bingung..
berkali-dia berfikir namun, dia masih belum memahami apakah maksud orang tua itu..
si budak itu mempunyai seorang bapa saudara yang sangat rapat dengannya..
dia memanggilnya PAK TEH...
dia pun menceritakan apa yang dimimpinya semalam....
pak teh tersenyum... mungkinkah paham atau tidak..
keesokan harinya, pak teh itu datang sekali lagi ke rumah budak itu di JALAN SEMARAK kl,
kali ini dengan sebuah buku yang bertajuk HIMPUNAN HADIS2 SAHIH..
buku itu dihadiahkan kepada budak itu.. 
dia sangat gembira dengan hadiah daripada pak tehnya itu..
namun.. adakah budak yang baru berusia 12 tahun itu mampu
memahami isi kandungan buku tersebut..??
sebenarnya budak itu baru sahaja mendapat keputusan UPSR dan UPSRA nya..
UPSRnya mendapat 4A1C manakala UPSRAnya mendapat MUMTAZ..
lalu pak tehnya berkata, "keputusan agama kamu cemerlang, jadilah seorang ustaz..."
budak itu hanya menundukkan kepala..
agaknye apela yang sedang dia fikirkan....
Lalu beberapa hari selepas itu, dia bersama ibubapanya
pergi ke SMKAKL untuk menemu duga kemasukan ke tingkatan 1 2006...
Malangnya dia tidak diterima kerana terdapat C dalam keputusan UPSRnya..
dia pun berasa sedih pulang ke rumah..
pak tehnya datang lagi, "macam mane?? dapat ke??
budak itu menggeleng..
"xpe banyak lagi sekolah yang ade KAA kat kl ni.."
akhirnya budak itu ditawarkan ke SMK SEGAMBUT JAYA kl..
Dalam aliran agama dan duduk di asrama...
mereka tersenyum...

Pada tahun 2008 yang lalu,
dalam tempoh 3 tahun barada di sana,
budak itu menunjukkan potensi yang sangat baek...
dia sangat cemerlang dalam setiap ujian yang dijalankan..
pak tehnya selalu memberi dorongan...
dia seorang tentera udara namun hebat juga dalam agama..
dia banyak memberikan buku2 agama kepada budak itu..
kini dia telah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata..
PMR sudah semakin hampir...
pak tehnya sentiasa memberikan kata2 semangat dan tips berkesan 
sebelum menduduki peperiksaan...
semua itu diambil perhatian oleh budak itu...
dia tidak mahu menghampakan harapan pak tehnya
apatah lagi harapan ibu bapa dan keluarganya..
pada hari peperiksaan dijalankan..
budak itu sudah cukup bersedia..
dia menjawab dengan tenang..
dia menyerahkan seluruh pergantungannya kepada ALLAH...
peperiksaan pun tamat...
kini dia hanya mampu berdoa dan bertawakal...
pak tehnya sering menasihatinya, "doa itu senjata mukmin, orang yang x berdoa itu sombong
dan ALLAH x suke kepade orang yang sombong. setelah itu bertawakallah kepadaNYA.."
budak itu sangat memegang nasihat tersebut...
malam sebelum keluar keputusan PMR..
budak itu sekali lagi bermimpi didatangi seorang lelaki tua...
" wahai anakku, adakah kamu sudah menemui jalanmu??"
budak itu menggeleng...
"teruskan usahamu wahai anakku, kejayaan sedang menantimu..."
keesokan harinya, budak itu mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMRnya..
9A...
keluarganya sangat gembira...
tapi, di manakah paktehnya??
abahnya memberitahu pak tehnya sakit...
kini di hospital...
budak itu resah...
dia berjumpa dengan pak tehnya...
pak tehnya berkata, "tahniah! ini semua berkat usahamu, ALLAH
telah memperkenankan doamu..
kamu jadilah seorang yang berguna.. jadi USTAZ...
budak itu sebak...
diceritakannya akan mimpinya kelmarin..
pak tehnya hanya mampu senyum...
dipeluknya erat pak tehnya itu..

Pada tahun 2009 yang lalu...
budak itu telah diterima masuk ke sebuah sekolah di KLANG...
seluruh ahli keluarganya bergembira..
sebuah kenduri kesyukuran diadakan..
pemergiannya ke sana dengan sejuta kesedihan..
semenjak itu dia telah kehilangan seorang insan yang sangat akrab dengannya...
pak tehnya telah pergi selamanya kerana barah otak...
hari2nya seakan tidak disuluh cahaya lagi..
tiada lagi nasihat ilmiah buatnya...
tiada lagi tempat bercerita..
tiada lagi sahabat tempat mengadu..
tiada lagi tempat menghibur duka..
tiada lagi kata2 hikmah buatnya..
tiada lagi buku2 baru menghiasi rak bukunya..
segalanya hanya tinggal kenangan..
tahun kesedihan itu berlalu bersama pak tehnya yang baru berusia 26 tahun...
budak itu menghabiskan tahun itu dengan hampa...
keputusan ujiannya pun merosot...

Pada tahun 2010 yang lalu...
tahun itu budak itu akan memduduki peperiksaan SPM...
besar maknanya bagi seorang pelajar..
namun, berkat nasihat ayahanda dan ibunda..
budak itu kembali bersemangat...
dia sudah lebih fokus dalam pelajaran..
alhamdulillah.. kini dia mendapat keputusan yang bagus..
tetapi, mimpi itu tidak datang lagi hingga kini..
budak itu rindukan atuk berjubah putih itu..
budak itu juga rindukan arwah pak tehnya..
ke manakah hala tuju hidupnya selepas ini??
apakah kesudahan persoalan daripada atuk itu??
budak itu masih menuggu..
kehidupannya pada tahun 2011 pun bermula...
mungkin dah kena panggil dia syabab sekarang..
yang paling penting, kini dia mempunyai rakan2 yang hebat..
mungkin merekalah yang akan mengambil alih tugas arwah paktehnya dulu...
kekadang dia merasakan roh pak tehnya masih mentarbiyyahnya...
AL-FATEHAH buat arwah pak tehnya...
semoga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh...
"SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI"
namun, apakah amalan yang akan kita bawa kelak...
apabila nyawa telah terputus dari jasad anak adam, maka
segala2nya akan terputus kecuali 3 perkara:
1. doa anak yang soleh
2. sedekah jariah
3. ilmu yang bermanfaat


renung2kan lah dan selamat beramal... :)

SYABAB MERINDUI MURSYIDNYA...


1 comments:

selamat membaca...
 

Post a Comment

sharing is caring...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cool Neon Green Outer Glow Pointer