Saturday, March 19, 2011
tinta seorang da'ie 19 : Dia Seindah2 Perhiasan Duniawi....
Assalamualaikum semua...
Apa khabar semua?? lama betul x de post br ni...
Apa pula khabar iman kita ek?? Bertambah ke Berkurang??
Harapnya bertambah la ek... Sama2 lah kita mengatur langkah menuju Mardhatillah ye..
Apakah yang dimaksudkan dengan sebaik2 hiasan di dunia.. Seperti mana yg telah termaktub dalam lirik lagu salah satu kumpulan nasyeed terkemuka, kalimah itu merujuk kepada WANITA YANG SOLEHAH..
Di dalam Surah An-Nisa' ayat 1 menjelaskan yg mafhumnya "Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kalian yang telah menciptakan kalian daripada jiwa yang satu. Dan dari jiwa yang satu, Dia telah menciptakan pasangannya. Dan dari keduanya, Dia telah memperkembangbiakkan lelaki dan wanita yang banyak......."
selanjutnya sila klik tajuk..
Apakah yang dimaksudkan dengan kalimah "MINNAFSIU WAHIDATIN"??
Menurut Imam Qatadah dan Mujahid rahimahumullah menjelaskan bahawa dari maksud "MINNAFSIU WAHIDATIN" atau jiwa yang satu adalah NABI ADAM a.s. sedangkan pasangannya adalah SITI HAWA. Imam Qatadah menjelaskan bahawa SITI HAWA diciptakan daripada tulang rusuk NABI ADAM. Tetapi, menurut ana, itu hanya berlaku kepada SITI HAWA sahaja. Dan untuk semua kaum wanita umumnya, ana lebih sepakat dengan sebuah kitab tafsir yang disitu dinyatakan bahawa "NAFSIN WAHIDATIN" itu al-mahiya wal hakikiah, sesuatu dan hakikat. Dalam tafsir tersebut dinyatakan yakni kamu semua diciptakan daripada satu jenis hakikat, iaitu jenis manusia.
Di dalam sebuah hadith Sahih bermaksud:
Berikanlah nasihat kepada para wanita itu dengan bijak kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Jika kamu berkeras mahu meluruskannya, maka ia akan patah. Namun, jika kamu membiarkannya dia akan tetap bengkok. Maka berilah nasihat dengan bijak kepada para wanita.
Apa yg dapat dihuraikan daripada hadith di atas ialah Imam NAwawi rahimahullah berkata, hadith ini menunjukkkan keharusan berlaku lembut kepada wanita dan bersikap baik terhadap mereka. Wanita diciptakan daripada tulang rusuk itu bukan makna harfiah, maksud daripada hadith ini ialah wanita mempunyai sifat seperti tulang rusuk. Jika sifat buruk seseorang wanita dubiarkan saja maka wanita itu akan bersifat buruk terus selama-lamanya. Sebaliknya jika dalam memperbaiki wanita tersebut, seseorang menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Ertinya boleh jadi wanita itu akan semakin rosak jika diperbaiki dengan cara kekerasan. Oleh kerana itu, cara menasihati wanita yang mempunyai sifat kurang baik adalah dengan cara lemah lembut agar tulang yang bengkok ini akan menjadi lurus..:)
JADI.... ana harap sesape yang terbace post ni dapat mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku.. Ana sendiri pernah mengalami situasi yang sama semasa di PLKN dulu.. Sebagai seorang Daie yang cemerlang, kita kenalah menggunakan uslub dakwah yang berkesan dan bukan mengikut kekerasan semata-mata agar mad'u mudah mendekati kita dan mudah menerima apa yang kita sampaikan kepadanya..
Renung-renungkan dan selamat beramal...
Posted by
nAfAs dA'ie
at
6:58 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
para wanita amat beruntung..
para lelaki kene bertimbang rasa...
kembaralah ke dalam biah yg lebih mncabar..
itulah realiti kita pada hari ini..
~~nice entry..!
boleh tak enta beri uslub da'wah yg betul utk muslimat berd'wah kpd muslimeen...
ana takut kalw care ana berda'wah kpd kaum Adam ini salah...
Post a Comment