Assalamualaikum w.t.b
post kali ni menceritakan dilema seorang muslimeen
yang seringkali 'dihinggapi' pelbagai situasi yang memaksa...
jadi, kenalah membuat pilihan yang bijak..
AL-KISAH bermula...
kurang daripada 24+24+24+24 jam yang lalu.. (malas kire la ni)
seorang muslimeen telah mendapat petunjuk daripada Rabbnya...
setelah kesekian lama meminta agar ditunjukkan jalan,
maka jawapannya telah kunjung tiba...
Lalu dengan langkah yang agak sedang2 saja..
dia pergi ke stesen bas untuk membeli tiket ke KL...
"mane satu yang jual tiket ni, abang ke kakak??"
saja tanya sebab ada dua orang dalam 'kotak' tu..ehe..
"abang dek, nak pegi mana??"
"tiket ke KL satu, malam ni(sabtu), bape ek??"
"RM35 je"
haaa... SETTLE...
lega betul bila dah dapat tiket...
sebenarnya, mama nya agak keberatan untuk memberikan
kebenaran anaknya untuk ke sana, apatah lagi seorang2..
apa boleh buat, rakan2 ada taklifan lain yang lebih penting...
tiket itu menunjukkan bas akan tiba pada pukul 12..
hakikatnya bas itu tiba pada jam 12.20 minit 5 ke 6 saat waktu Malaysia..
mungkin ada masalah berbangkit tadi..
(positifnya muslimeen ni)
"dek, tiket??"
selesai bab tiket, dia pown mencari 'kerusinya'..
6A.. wahh.. second last ni..
atas tayar pula tu..
InsyaALLAH selamat..
selesai baca doa naek kenderaan dan doa tidur..
TUNGGU BAPAK LAGI!!!
tidur la...
6 jam lebih kemudian..
"Jalan Duta x2"
Alhamdulillah.. sampai juga akhirnya...
dia pown melangkah mencari surau..
selesai solat Subuh, isi perut pula...
Lepas tu.. blerrr..
macam mana nak pergi ke KL SENTRAL ni??
"assalamualaikum, pak cik, bas ni pegi kl sentral x??"
"bas kat sini x pegi kl sentral dek, kene naek teksi"
Allahuakbar..
kene naek teksi rupanya...
kena pandai pilih ni...
teksi ni macam lama ja..
teksi ni baru kot..
tapi.. pemandu macam garang je..
yang ni ok kot..
tapi pemandunya macam blur je..
yang ni lah...
"ok, adek kene beli tiket kat kaunter depan"
teksi kat sini pakai tiket ke..
pelik bin ajaib.. tak ponah den jumpo sobolum ni...
(dialek mana pula ni)..
"Assalamualaikum, bang pergi kl sentral bape??"
"RM 14.30 dek."
pehh... mencekik juga rupanya..
padahal dekat ja hentian ni dengan kl sentral tu..
apa boleh buat, tak kan tak jadi pula..
kesian pula tengok muka pak cik teksi tu..
tak pa la..
hari ni hari kita... (macam rasa dizalimi la pula)
selepas melalui perjalanan yang kurang daripada 5 minit..
sampai juga akhirnya muslimeen tu di kl sentral..
dia agak keletihan, jadi kene cari port nak tidur sekejap...
jam menunjukkan pukul 8.05 minit pagi..
lalu dia turun ke tingkat bawah untuk membeli tiket KTM ke Rawang...
apa ke hal pula dia ni nak ke Rawang??
sampai di Rawang,
-salam... bang rahman, saya da sampi ni..-
-ok, ang cari 7eleven, pastu ang naek bas mini biru kuning ke
bandar tasik puteri..-
owh.. nak ke rumah abg rahman ka... sebab apa??
lebih kurang 30 minit dalam bas, dia pown sampai ke destinasi pertamanya...
nak dijadikan cerita,
mulimeen ni tumpang tidur di rumah seniornya itu..
malam tu makan di kedai makannya..
...KUEH TEOW KUNGFU...
pehh... memang tangkap leleh punya lah..
sedap bangat sih...
Alhamdulillah...
kenyang makan rehat sekejap sambil tengok tv..
tengok bola kat astro supersports Arsenal lawan apatah..
usai semua, maka dia pown berangkat pulang untuk beradu..
esok nak jalan jauh ni...
jadi kena cas tenaga secukupnya...
keesokan harinya.. selepas Subuh, dia sekali lagi berangkat
ke stesen KTM Rawang...
kali ni ke KLANG pula..
dalam perjalanan, dia menukar tren di Putra untuk ke Klang..
kenapa ke Klang pula??
setibanya di sana..
dia dijemput oleh seorang rakan, Faiz..
kami terus ke Kolej Kampung Jawa dengan menunggang motorsikal..
sebenarnya salah ni, dia baru ada lesen L...
dalam pejabat...
"Assalamualaikum puan,
borang ini perlu di hantar kepada siapa??"
"Waalaikumsalam, anda perlu..........................."
haah.. ini la tujuan dia datang ke KKJ tu..
untuk hantar borang tingkatan 6 (sekadar isi saja)..
SETTLE..
sebelum pulag semula ke Kedah,
dia sempat bertandang ke rumah Faiz..
selepas Asar barulah dia bertolak ke Klang Sentral..
tiket bas ke Kedah pukul 8 malam..
sempat ni nak solat Maghrib dan jamak dulu...
selesai solat, bas pown tiba....
lebih kurang kurang 6 jam kemudian,
maka sampailah dia di hentian Gurun,
tempat bapanya selalu mengmbilnya..
(siapa duduk sekitar yan, dia tahu la).. :)
sampai di rumah..
apa lagi.. sambung la tidur..
pukul 6 nanti dia dah kena siap..
ikut mama dia ke alor star..
pukul 7 keluar rumah...
katanya hendak berjumpa kawan di sana..
jam 5 petang.. pulang ke rumah...
SAMPAI SAHAJA di rumah,
tetiba dapat tawaran daripada seorang individu untuk
menanggung sepenuhnya pembiayan pelajaran
muslimeen ni di universiti di mesir...
Fuhh.. tergamam seketika...
bidang apa ni...??
DOKTOR??
tapi...
dia tak minat doktor...
tapi kalau dia terima tawaran ini, dia akan
lagi cepat fly daripada rakan2nya yang sedang menuggu
tawaran JPA dan MARA...
dah la free plak tu...
orang tolong sponsur...
TAPI....
petunjuk sebelum ni cenderung kepada tingkatan 6...
HARUSKAH dia membuat solat istiharah lagi untuk kekeliruan baru ini..??
ADAKAH petunjuk itu akan berubah??
semoga hatinya akan sentiasa tenang menghadapi dugaanNYA...
Ya ALLAH, tetapkanlah hati hambamu ini...
boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak
mengetahuinya.
(surah albaqarah,216)
sama2 kita nantikan keputusanNYA...
3 comments:
ana doakan nta diberi petunjuk yg terbaik..
Post a Comment