"CeBisAn HiDuP DA'ie WAQafAn..."

...DUNIA tak sentiasa KKJ...

Monday, April 4, 2011

tinta seorang da'ie 27 : Perjalanan menuju MAHA PENYEMBUH abadi (BHG. 2)...

(parkir penuh sehinggakan mereka parkir di jalanraya)


FUHH...
Alhamdulillah masih ada tenaga untuk sambung post ni...
sebelum tu Assalamualaikum w.b.t. sekali lg..

Berbalik kepada kisah muslimeen tadi...
Tempat parkir yang diperoleh sangat jauh
daripada pintu hadapan...
Dia terus melangkahkan kaki ke pintu hadapan..
Bersyukur itu kan lebih baek..
Daripada tak da tempat langsung..

Sambil dalam perjalanan dia melihat sesuatu
yang agak pelik baginya..
tak pernah jumpa sebelum ni...

Cuba lihat gambar di bawah...



Nampak ke tak gambar tu??
Kalau kurang jelas, biar #!* tolong jelaskan..
Itu sebenarnya gambar kaunter farmasi DRIVE THRU..
Ingatkan kat KFC, M’D ja ada drive thru tu..
Pelik2...
Tetapi itulah hakikatnya...
Nak kata punya lah ramai orang yang sakit..
Sehingga terpaksa membuka kaunter tersebut..
Namun, pujian haruslah diberikan kepada mereka
kerana usaha ini mampu mengurangkan
kadar ‘kebanjiran’ pesakit di dalam hospital
yang sekadar mahu mengambil ubat tanpa perlu pemeriksaan doktor..

Bibirnya tersenyum melihat situasi tersebut..
Langkah perlu dipercepatkan kerana
matahari sudah mula terik...
Terasa juga bahangnya..
Lebih kurang 5 minit perjalanan, sampai juga di pintu tersebut...
Keadaan di dalam hospital sudah mula sesak..
Maklumlah.. tengok kereta2 tadi pown dah boleh agak..

Tugasan seterusnya ialah mengambil nombor dan tunggu..
Lagi 15 orang lagi ni...
Boleh berzikir dulu, tak pown ulang semula hafalan surah..
Baca surat khabar pown sempat juga...

TENG.. TENG..TENG
Nombor 4029..
Hah, seorang ja lagi..
Selang beberapa minit..
TENG.. TENG..TENG..
Nombor 4030..
Akhirnya..
Selesai mengambil ubat di kaunter...
Lega rasanya.. sebenarnya ubat tu dikirim
oleh jiran sebelah rumah..
Tiada kena mengena dengan diri muslimeen tu...

Dia kini menuju ke destinasi sebenarnya...
Berjalan lurus dan belok ke kanan..
Akhirnya dia ketemu juga dengan bilik tersebut...
Mungkin selepas ini hidupnya akan lebih tenang
Atau pown TERUS TENANG..
Dirinya kini sudah disiapkan untuk sebarang kemungkinan..
Sandalnya ditinggalkan di luar kamar..
Harapnya tiada pencuri kasut...

Sebelum itu dia mengambil wudhuk terlebih dahulu...

Bismillahirrahmanirrahim..
Masuk ke sebuah ruangan dengan kaki kanan...

Mencari arah yang betul..
Lalu  dibentangkan sehelai kain di hadapan..
Kain putih...
Dipejamkan matanya untuk lebih fokus...
muhasabah diri...
Keadaan di situ sungguh tenang...
Aircond pown tak berapa nak kuat...

Dalam beberapa ketika...
Dia pown sujud syukur kepada ALLAH
Kerana telah selamat menunaikan niatnya..
Dia pown berdoa kepada ALLAH..
Seperti yang biasa dilakukan...
Sedikit pown tidak mencederakan..
Kekadang kala menggigil juga kesejukan..
Penyakit hatinya kini makin reda...
alhamdulillah...
Semoga tiada lagi virus2 yang cuba merosakkan hatinya..

Lalu dengan berat langkah dia meninggalkan
ruangan tersebut dengan tenang..
Sambil tersenyum dia terus melangkah pulang...
Semoga suatu hari nanti dia akan
mengunjungi ruangan tersebut lagi...

Moral of the story

Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara:
SIHAT SEBELUM SAKET
MUDA SEBELUM TUA
LAPANG SEBELUM SEMPIT
KAYA SEBELUM MISKIN
HIDUP SEBELUM MATI

Sekiranya kita ditimpa pelbagai jenis penyakit,
Percayalah, itu merupakan ujian ALLAH kepada
HambaNya sebagai kifarah dosa bukannya satu hukuman...
Dekatkanlah diri kita kepada ALLAH setiap masa samaada
Ketika kita sedang sakit ataupun sihat sejahtera...
Sesungguhnya ALLAH MAHA PENYEMBUH...

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(surah al ankabut,2)

kenapa manusia diuji oleh ALLAH??
apatah lagi dengan ujian penyakit berbahaya...
sebab apa??

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).
(surah almulk,2)




*cerita ini tiada kene mengena dengan yang masih hidup ataupun
Yang telah meninggal dunia.. maaf sekiranya MAJAZ di akhir cerita terlalu tinggi..
Harapnya paham la ye...


moga menjadi peringatan untuk diri yang faqir ini juga...

0 comments:

Post a Comment

sharing is caring...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget
Cool Neon Green Outer Glow Pointer