"CeBisAn HiDuP DA'ie WAQafAn..."

...DUNIA tak sentiasa KKJ...

Thursday, April 21, 2011

tinta seorang da'ie 32 : Seleraku di WAK KANANG...


Assalamualaikum w.t.b
dan salam sejahtera...
Mungkin entry kali ni lebih unik siket..
Iaitu berkisar tentang sebuah kedai makan yang sangat unik
yang terletak sangat hampir dengan KKJ...
kedai tersebut hanya dipisahkan dengan sebuah longkang...
betul2 di sebelah Aspura..
RESTORAN WAK KANANG namanya...
tetapi pada siang hari, namanya berubah kepada
RESTORAN HAJI MAD..

Bagi graduan2 dan penuntut2 KKJ...
Juadah harian yang paling digemari setiap malam
ialah NTD atau nama panjangnya NASI TELUR DADAR...
antum pasti tersenyum apabila terkenangkan NTD tu..
mana tak nya.. NTD yang asli cuma bleh didapati di WAK KANANG...

apa yang special sangat dengan NTD wak kanang ni??
semestinya SUPnya...
kekadang frust juga bila order NTD tapi sup tak dapat...
Kalau dapat pown tak cukup...
Sebab apa??
Mana tak nya, beli 20 bungkus nasi, tapi dapat 3 bungkus sup ja...
Mungkin saja nak test ukhwah antara kami...

Jadi kena la 'makan besar'...
kat mana portnya??
semestinya di gazebo sebelah surau, bilik rehat, bilik study dan lain2..
Memang  seronok dapat makan beramai2 macam dulu...
boleh tak kita ulanginya lagi??

kekadang terkenang setiap kali lepas usrah umum,
pasti naqib kami akan belanja sorang satu NTD...
ketika itu, nikmatnya tidak terhingga..
sehingga menjilat jari la katakan.. :)

antara dialog2 yang sering berkumandang
pada malam hari ialah
"sapa nak order  NTD?"
"sapa yang lapar, sila bawang wang secukupnya ke musolla"
setiap malam pasti ada ja yang ambil order ni..
dah la x kena caj tambahan...
rajin betul budak2 ni...
ikhlas membantu rakan2 yang kelaparan..

antara menu yang agak 'laku' ialah
NGTD (nasi goreng telur dadar)
NG (nasi goreng)
KTG (kuey teow goreng)
NASI PAPRIK
dan sebagainya...

Yang paling best, kami x perlu fly untuk beli makanan ni..
yang penting, sediakan kad italk anda secukupnya...
cuma call abe tu dan tunggu untuk ambil makanan di pagar belakang..
antara dialog yang famoust..
"Helo abe, NTD 30 bungkus, milo beng sa"
"beres"

Yang anehnya, kenapa kami tidak jemu2 makan NTD ni??
apakah rahsianya??
sape yang tahu boleh share kot...

...wallahu a'lam...

0 comments:

Post a Comment

sharing is caring...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cool Neon Green Outer Glow Pointer