ASSALAMUALAIKUM w.t.b
dan SALAM SEJAHTERA
kepada semua pengunjung blog ini..
bagi yang sudah membaca entry sebelum ini,
pasti anda tertanya2 apakah sambungan kisah
PERHATIAN!
Kepada sesiapa yang belum membaca
Entry sebelum ini silakan baca terlebih dahulu…
Baiklah…
Sebelum itu kita flashback sedikit kisah si penaip itu..
"Maharnya berapa pula...??"
"Maharnya cuma hafalan surah AR-RAHMAN..
itu yang anak kami tetapkan"
"Maharnya cuma hafalan surah AR-RAHMAN..
itu yang anak kami tetapkan"
SUBHANALLLAH...
Ujian apakah ini ya ALLAH...??
Tak tertanggung rasanya ujian seberat ini...
HAHH..
Berat sungguh perbincangan kali ini..
Dari pagi sampai ke petang…
Dari petang sampai ke malam…
Namun, keputusan masih belum dimeterai..
Manakan tidak, kerja kawen ni bukan kerja maen2..
Terlajak perahu boleh berundur,
Terlajak kawen, terima sajalah..
Dalam pada itu..
Solat istiharah terus dilakukan…
Disusuli solat hajat pula…
Kita ni hanyalah hamba..
Hanya mampu berserah kepada ALLAH
selepas berusaha dengan gigih…
Telefon berdering sana sini..
Semua saudara perlu tau akan hal ini..
Satu perbincangan besar yang akan menentukan
masa depan seorang hamba ALLAH ni…
Perbincangan terhenti tiap kali masuk waktu solat..
Mujurlah ruang tamu luas…
Berjemaah semua..
Aduhhh… sungguh merumitkan..
Yang peliknya..
Aku saja yang tak senang duduk…
Yang laen seperti bersahaja saja..
Macam nak kenakan je ni..
Tapi macam mustahil…
Cuba tengok tarikh lahir semula..
Dah lamadah lepas ni…
Tak mungkin kejutan pula…
Kereta kat depan pown dah banyak…
Bukan setakat kereta keluarga aku…
Kereta keluarga belah dia pown banyak juga..
Peluh dah mencerau2 ni…
Beratnya x tertahan…
Teringat sesuatu..
“ALLAH tidak akan menguji sesuatu kepada hambanya,
kecuali yang mampu ditanggunginya”
TUPPPP!!!
Alamak… blackout pula…
Semua mengeluh…
Bising sungguh…
Suara kanak2.. suara orang dewasa..
Bercampur-aduk…
TUPPPPP!!!
Alhamdulillah…
Lega betul dah ada elektrik semula..
Tapi…
Sesuatu yang pelik terjadi..
Semua orang memandangku…
Kenapa agaknya??
Semuanya tersenyum lebar…
Sunyi…
Sepi…
Apa semua ini??
Jam menunjukkan pukul 10.00 mlm…
AKHIRNYA…
“Baeklah… SAYA TERIMA LAMARAN INI….”
ZUUUUUPPPPP!!!
Semuanya gelap tiba2…
Angin bertiup kencang…
Aku seperti dibalikkan semula ke suatu alam…
HAHH!!
Rupa2nya semua ini satu MIMPI…
Hanya sebuah MIMPI DI SIANG HARI…
Diri ini berada betul2 di atas katil…
Seluruh badan bermandikan peluh…
Jam loceng di sisi menunjukkan jam 10.00 pagi…
INILAH PADAHNYA TIDUR SELEPAS SUBUH…
Hari AHAD yang MENGGERUNKAN...
Astaghfirullah…
BEBERAPA IBRAH YANG BOLEH DIAMBIL DARIPADA KISAH DI ATAS
1. Jangan kita amalkan tidur selepas Subuh.
2. Janganlah juga kita tidur selepas Asar kerana boleh mewarisi sifat kegilaan.
3. Janganlah kita cepat mempercayai sesuatu khabar berita sebelum
kita siasat akan hal tersebut.
4. Kita juga janganlah menyebarkan akan cerita yang kita sendiri belum
pasti tentang seseorang kepada orang laen dengan senang hati.
5. Setiap apa yang ditulis di dalam mana2 blog tidak semestinya sesuatu yang benar,
jadi jangan cepat MENGGELEPAR…
SIDANG HADIRIN HADIRAT yang DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN…
Di sini ana nak mengajak antum semua untuk ‘beriman’ sebentar…
Marilah kita sama2 menyorot kembali sirah yang ditinggalkan
oleh Rasulullah kepada kita supaya kita mengambil iktibar dan
pengajaran daripadanya…
Ana ingin berkongsi sedikit input yang ana peroleh
daripada sebuah buku berjudul
‘BELAJAR DARI PERANG UHUD : Strategi Menghadapi Kekalahan’
Ana cukup yakin dan pasti,
Antum semua lebih arif daripada ana tentang sirah ini..
Namun diri ini masih ingin mengingatkan sekiranya
ade hati2 yang terlupa tentang perang ini…
“Fazakkir, innahuz zikra tanfa’ul mukminin”
Maksud hadis nabi di atas ialah peringatkanlah, sesungguhnya peringatan itu
berguna buat orang2 yang beriman…
SAHABAT….
Satu ketika… apabila pasukan memanah tentera ISLAM
yang diamanahkan oleh Rasulullah untuk berada di atas bukit
samada ISLAM menang ataupown tewas, telah mengingkari arahan
Rasulullah dengan meninggalkan bukit UHUD…
Golongan ini menjadi gelap mata apabila
melihat harta perang yang banyak terbiar di kaki bukit…
Namun, atas kealpaan mereka, tentera ISLAM telah di serang
dari belakang oleh pasukan berkuda tentera Khalid AL-Walid (belum Islam)
Habis punah-ranah jadinya tentera Islam..
Ramai yang Syahid ketika itu..
Dalam kekalutan itulah..
Satu ‘khabar angin’ telah tersebar luas…
Khabar yang berjaya meruntuhkan moral
tentera Islam ketika itu..
Iaitu pengkhabaran tentang RASULULLAH telah
berjaya dibunuh oleh tentera kafir Quraiys…
Yaa..
Umat ketika itu terlalu cepat mempercayai
satu berita yang belum pasti dan cepat disebarkan..
Akibatnya, semuanya menjadi lemah..
Padahal ketika itu Rasulullah masih hidup
dan cuma tercedera..
Peristiwa itu masih terjadi pada
umat Islam zaman ini…
Bahkan lebih menjadi2…
Asal mendapat tahu sesuatu berita, cepat sahaja
menyebarkan tanpa mencari sesuatu kepastian..
Terlalu cepat melatah…
Penyakit umat Islam ini bukan sahaja boleh melemahkan
ummah bahkan boleh membahayakan Islam itu sendiri…
Oleh itu,
Sekiranya ada di antara kita yang terasa terkena bulu hidung sendiri,
Cepat2lah bertaubat..
“Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka ALLAH
menerima taubatnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”
(Surah Al-Baqarah ayat 37)
Tahniah!! kepada dua orang sahabat yang benar2 menyiasat tentang
kisah di atas... :D
kisah di atas... :D
AKHIR KALAM
Selami Jiwa…
Rawat Rohani…
Perkasa Peribadi…
Renung2kan dan Selamat Beramal… :D
20 comments:
sejarah semakin berulang..itulah umat islam.. berdoalah..
nafas daie, tahniah dn teruskan!!!!
Post a Comment