"CeBisAn HiDuP DA'ie WAQafAn..."

...DUNIA tak sentiasa KKJ...

Monday, May 30, 2011

tinta seorang da'ie 40 : AKU Terima MAHARNYA... (BHG. 1)


ASSLAMUALAIKUM w.t.b
dan
SALAM SEJAHTERA
kepada saudara saudari sekalian...
Menjelang musim2 zaman 'percutian' 
yang agak panjang ini..
Terdapat pelbagai 'tragedi' yang pelik2 berlaku..
ada kalanya kelakar, seram, sedih dan DAHSYAT...

Merujuk kepada perkara di atas...
Kisah ini merujuk kepada si penaip...

Pada satu pagi yang tenang...
Tanggal 29 Mei 2011 yang cerah...
Angin meniup sepoi2 bahasa..
Sawah padi melambai2 ke arah orang2...
Setia sungguh menanti di tengah bendang..
Panas hujan, ribut kencang,
dia masih tegak berdiri...
Sopan betul melihat pokok padi itu...
Semakin berisi semakin tunduk...
itulah resminya...

Subhanallah....
Indah sungguh makhlukMu itu..
Alangkah bagus sekiranya manusia juga begitu...
Korupsi pown boleh berkurangan...
Dunia bebas peperangan...
Rakyat bebas melata ke seluruh pelosok dunia...
Tanpa sekatan mana2 kuasa..
Dunia diperintah dengan adil...
Tiada kebuluran..
Tiada kemiskinan...
Tiada kemusnahan...
SEMUANYA AMAN DAMAI...

Sedang terleka menulis diari maya ini...
Tiba2...

"Assalamualaikum....3x"

"Meeeen (bukan nama sebenar), cuba tengok siapa yang datang tu.."

" Baek mak.. Waalaikumsalam w.t.b... silakan masuk"

"Mak dan Ayah kamu ada di rumah??"

"Ada, sekejap ya... Mak, abah ada orang datang.."

Maka bertemulah dua keluarga itu...
Siapakah tetamu itu ya..
Tak pernah pula ketemu sebelum ini...
Apa hajat mereka...
Baek aku masuk ke dalam bilek semula...
Tak baek dengar orang dewasa bersembang..

Adehhh..
Apa nak tulis tadi ya..
Terlupa sudah...
Gangguan memang agak merumitkan..
Huhh.. sambung nanti sajalah...

"Meen, mari sini jap.."

Segera kumelangkahkan kaki
ke ruangan hadapan@tamu..
Nak dijadikan cerita...
Sebenarnya keluarga tadi datang nak meminang..
Eh, pelik sungguh...
Takkan nak pinang angah pulak..
Kan dia sekolah lagi...

Bukan macam tu...
Sebenarnya kami nak pinang anak lelaki...
LELAKI...
Ini bukan terkejut beruk lagi..
Boleh jadi terkejut kera atau anak-menakannya..
Ish.. biar betul ni...
Bukankah aku saja anak lelaki ni..
MUSTAHIL...

"Boleh saya kompemkan...
Makcik dan Pakcik ni  betul ke nak pinang saya??
Macam mana Pakcik dan Makcik kenal denga kami ye??"

"Begini nak... Anak kami kenal sangat dengan anak...
Ini gambarnya... tak lama lagi anak kami
akan melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam
bidang kedoktoran...
Jadi, dia minta sangat2 kami supaya jodohkan dia 
dengan anak"

HAHH..
Kali ni memang terlopong besar...
Boleh jadi lalat sesat termasuk kalo lambat tutup...
Sambil telan air liur...
Aku cuba bersuara...
Namun seakan-akan bibir ini dah jadi
magnet kutub utara dan selatan..
memang ketat nak buka...
Cuma satu yang mampu ku lakukan...
Istighfar sambil tersenyum...

"Ini cincin untuk perempuan
dan ini cincin untuk lelaki"


Fuhhh.. siap bercincin lagi ni...
Betul ke tak ni...
Cuba tengok sekeliling..
kalau2 ada kamera ka..
Nanti tak pasal2 kena 'WA KENA BEB!!'

Tak da pula kameranya...
Ishh.. Tak sedap langsung hati ni...
Macam betul, macam tak..
Tengok mak dan ayah macam ok ja..
Mereka setuju ke ni..

"Anak jangan risau.. Kami akan tanggung semua
perbelanjaan pengantin nanti.. wang hantaran, kenduri,
khemah, makanan semua kami tanggung..
Anak cuma kata SETUJU saja untuk
majlis ini berlangsung...
Yang paling penting, majlis ini nanti
akan berlangsung majlis pertunangan dan nikah terus...
baju pengantin boleh cuba Sabtu depan...
Ini cincin nikah untuk perempuan..."


Allahu Akbar..
Ini rezki ke mimpi ni..??
Tawaran kahwin secara percuma...??
Adakah ini digelar Durian Runtuh tu??
Menarik tetapi sukar diterima akal yang waras...

"Begini nak, anak kami ni nak belajar jauh..
kami sangat risau...
Jika anak menerima lamaran ini, ringan sedikit hati
kami nak melepaskan anak kami belajar jauh ni..
Lagi pown, apabila dia sudah bersuami,
kami yakin hidupnya di sana terjaga.."

"Hmmm... Berat saya nak cakap...
Lagipown apa gunanya jika kami bernikah
tapi dia berada di sana dan saya berada di sini...
Lagipown, usia kami masih terlalu muda makcik pakcik..
lagi satu, macam mana saya nak sara anak makcik, saya bukannya berduit..."

"Maaf nak, kami lupa nak khabarkan yang kami
akan menaja sepenuhnya perbelanjaan pembelajaran, 
makan minum, dan tempat tinggal kamu berdua di sana...
Lagi satu, kamu tak perlu memberi nafkah zahir mahupown batin
buat masa pembelajaran kamu berdua ini... duet belanja semua kami uruskan..
makcik percaya kamu paham dengan NIKAH GANTUNG...
tetapi kamu berdua boleh tinggal serumah kerana hubungan kamu
berdua sah oleh syarak... apa yang perlu kamu buat
di sana ialah belajar dan jaga makan minum dia di sana..
Mudah kan??"

"Errrr... Mungkin mudah dari pandangan makcik dan pakcik..
Andaikata saya bersetuju, bila akan dilangsungkan
majlis 'GRAND' ini...??"

"Ohh.. Secepat mungkin... 11 Jun 2011 ini.. majlis itu akan
 diadakan di sebuah dewan di PUTRAJAYA... 
kira satu majlis untuk dua2 belah pihak..
Anak juga boleh jemput semua saudara mahupown rakan2..
kami sediakan hidangan untuk 10 ribu orang...
Untuk kad jemputan kami juga akan uruskan.."

"Maharnya berapa pula...??"

"Maharnya cuma hafalan surah AR-RAHMAN..
itu yang anak kami tetapkan"

SUBHANALLLAH...
Ujian apakah ini ya ALLAH...??
Tak tertanggung rasanya ujian seberat ini...


bersambung....



7 comments:

kawan aku dah nak kawen...huhuh pikir lah elok2 najmeen....istikharah and musyawarah...=)
 
This comment has been removed by the author.
 
langkah bendul...hi2...
 
I'm happy for u, najmeen...but u gotta think wisely...being a husband ain't a easy job...so think carefully...insya Allah u'll find ur way...(*_^)
 
aku macm x leh percaya jer........korang sume kene bang-bang boom la
 
kalau die ni gebang msti bez kan...hohoo
 
MEMANG GEBANG PON!!!!!!!!!
 

Post a Comment

sharing is caring...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cool Neon Green Outer Glow Pointer