ASSALAMUALAIKUM w.t.b dan
SALAM SEJAHTERA
sebagai pembuka bicara yang
ana tujukan khas buat ikhwan dan akhawat
Pertama-tama dan selamanya...
Marilah kita bersama2 merafaqkan
setinggi-tinggi kesyukuran terhadap ALLAH taala
kerana telah memberikan kita peluang untuk masih
menghirup udara segar pada hari ini tanpa sebarang bayaran..
Kita masih diberikan nikmat kesihatan dan masa lapang..
insyaALLAH...
Seterusnya..
Selawat serta salam ke atas junjungan besar
nabi ALLAH MUHAMMAD s.a.w kerana berkat usaha
baginda selama ini dalam menyebarkan risalah tauhid
kepada seluruh umat akhir zaman sehinggalah
sampai kepada kita hari ini...
Penat lelah baginda hanya ALLAH saja yang tau..
Sehinggakan baginda dilontarkan dengan batu2
sehingga berkocak darah dalam capal baginda..
namun begitu, itu semua bukanlah titik noktah
dalam usaha dakwah baginda..
Bahkan menjadi satu catalyst yang lebih
menguatkan semangat baginda untuk
terus, terus dan terus menyebarkan risalah suci ini..
Justeru, sehingga hari ini kita masih
dapat merasakan dua nikmat terbesar iaitu
nikmat IMAN dan ISLAM...
Alhamdulillah...
Sahabat2 sekalian...
Penat lelah baginda hanya ALLAH saja yang tau..
Sehinggakan baginda dilontarkan dengan batu2
sehingga berkocak darah dalam capal baginda..
namun begitu, itu semua bukanlah titik noktah
dalam usaha dakwah baginda..
Bahkan menjadi satu catalyst yang lebih
menguatkan semangat baginda untuk
terus, terus dan terus menyebarkan risalah suci ini..
Justeru, sehingga hari ini kita masih
dapat merasakan dua nikmat terbesar iaitu
nikmat IMAN dan ISLAM...
Alhamdulillah...
Sahabat2 sekalian...
Ana mulakan penulisan ini dengan mengajak sahabat sekalian,
marilah kita 'beriman' sejenak...
Tinggalkan segala pemikiran kotor yang gelap pekat dengan hawa nafsu...
Dan amalan2 yang sia...
Semoga Allah melapangkan dada dan menyucikan qolbu
kita agar mudah menangkap cahaya kebenaran...
Amin...
Benar.. Segala yang ada pada diri kita hari ini hanyalah pinjaman.
Tangan yang menulis...
mata yang memerhati...
kaki yang berjalan...
telinga yang mendengar...
masa yang berdetik...
dan segalanya yang tidak akan selesai dihitung...
kelak disoal oleh Allah SWT di padang Mahsyar...
FirmanNYA:
"Kemudian, kamu pasti akan ditanya pada hari tersebut tentang segala nikmat (yang telah kamu kecapi)"(Surah At-Takathur:8)
Maka, adat orang yang meminjam itu terhutang budi dengan si pemberi pinjaman...
Dijaga benar barang yang dipinjam dengan teliti...
tidak dirosakkan, apatah lagi menyalahgunakan pada kemurkaan tuan pemilik barang...
Adakalanya resah si peminjam dengan barang yang dipinjamnya...
sekalipun dia amat memerlukan.
"Selesai urusan ini cepat-cepat ingin dipulang pada Si Fulan (tuan pemilik barang),"tegas dalam hati.
Tetapi...
Bagaimana pula urusannya dengan Allah?
Tidakkah sepatutnya kita lebih cermat???
Bukankah semua yang dipinjamkan kepada kita itu lebih bernilai
daripada emas dan berlian?
Silakan gadai sebelah anggota anda dengan seuncang emas...
Aduhhh,
mahalnya pemberian ALLAH walau sebiji mata!
Kenapa dikaitkan dengan biji mata??
Begini,
Ana cukup yakin ramai di kalangan kita
yang sudah memiliki lesen P...
Di sini, ana ingin memfokuskan tentang
lesen P untuk kereta...
Rata2 daripada kita kerap kali
menyalahgunakan lesen yang kita sudah peroleh ini..
bukan bermaksud dengan adanya lesen ini
kita boleh sewenang-wenangnya
melanggar peraturan jalan raya..
SEDARKAH anda??
Selain melanggar amanah yang
diberikan oleh pihak JPJ kepada anda,
anda juga telah melanggar amanah
daripada ALLAH...
Kenapa pula??
Ini jawapannya...
TANGAN yang memegang stereng...
MATA yang memerhati...
KAKI yang menekan minyak, clutch dan brek...
TELINGA yang mendengar...
HAHH..
Sudah faham??
Adakah kita amanah dengan segala
anggota yang ALLAH pinjamkan
hanya untuk sementara ini..
Oleh itu, patuhilah peraturan jalanraya yang telah
ditetapkan kepada kita sebagai pengguna..
Sebaiknya gunakanlah kesempatan ini
untuk menambahkan lagi perhambaan diri kita kepada
ALLAH...
Kalau sebelum ini, kita jarang berjemaah ke masjid,
kini kita sudah ada kemudahan..
tak payah nak takut dengan roadblock lg..
Jangan pula sesekali kita gunakan kemudahan lesen ini
untuk menambahkan kerja
kemaksiatan kita..
Jangan sampai nikmat ini ditarik semula...
Mohonlah keampunan daripada Allah SWT dan kemaafan
daripada manusia sekiranya telah terlanjur menyalahgunakan
nikmat kurniaan yang dipinjamkan,
sesungguhnya DIA lah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang...
"...Ucaplah ALHAMDULILLAH,
syukur kita kepada ALLAH..."
Akhir kalam...
Hidup ini tidak lama...
Usia yang meningkat menandakan 'peruntukan' makin berkurang...
Silap percaturan, boleh muflis besar kita di akhirat nanti...
Maka, ana berpesan dengan sebaik-baik pesanan...
BERTAQWALAH kepada Allah!
Tidak kira walau di mana kita berada...
ALLAH bersama kita...
"Dan hendaklah kamu membawa bekal (dengan cukupnya) kerana sesungguhnya
sebaik-baik bekalan itu ialah taqwa
(melaksanakan segala perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA)...
"(Surah Al Baqarah:197)
Mana yang baik itu datang
daripada ALLAH...
Mana yang kurang baik itu juga datang
daripada ALLAh tetapi
disandarkan kepada hamba yang lemah ini...
Mulut yang bercakap lebih dekat dengan telinga
yang mendengar...
Selami Jiwa...
Rawat Rohani...
Perkasa Peribadi...
Renung2kan dan selamat beramal...
Wallahua'lam...
... :P ...
credit to akh arif amin...daripada ALLAH...
Mana yang kurang baik itu juga datang
daripada ALLAh tetapi
disandarkan kepada hamba yang lemah ini...
Mulut yang bercakap lebih dekat dengan telinga
yang mendengar...
Selami Jiwa...
Rawat Rohani...
Perkasa Peribadi...
Renung2kan dan selamat beramal...
Wallahua'lam...
... :P ...
1 comments:
Post a Comment