dan SALAM SEJAHTERA kepada semua
rakan2 samada yang dikenali mahupun yang tak dikenali…
Mungkin entry kali ni mengambil masa yang lama
untuk ‘diterbitkan’ kerana terdapat beberapa
masalah berbangkit yang tidak dapat dielak dengan
langkah yang lebih drastik…(merapu)
Namun dengan berkat usaha gigih si penulis akhirnya
ada la benda yang ingin dikongsikan ni…
Memandang cuti sekolah yang terlalu lama,
bagi lepasan SPM,STAM,STPM dan lain2 laa,
Hari yang berlalu, sedang dan akan datang
merupakan saat2 yang paling membosankan
bagi yang ‘tak pandai menguruskan masa’,
Tetapi merupakan saat2 yang paling berharga bagi
golongan yang pandai mengurus masa dengan
melakukan kerja2 yang berfaedah….
Seperti BERKERJA.. banyak masyuk tuu..
Selain itu, kita juga boleh mengisi masa lapang
dengan menghadam buku2 ilmiah
sebagai persiapan menuju alam pengajian tinggi…
Bukan setakat menghabiskan komik dan berFB dan ‘LIKE2’ je…
Ok lah, berbalik kepada tajuk utama,
Entry kali ni nak menceritakan kisah
hidup seorang ‘petani’ sementara..
Memandangkan umah ana ni
dikelilingi sawah padi, maka tercetus la
satu HOBI baru iaitu menanam padi…
Proses menanam padi bukan lah satu proses yang mudah..
Tetapi untuk memakan hasilnya sangatlah mudah..
Sebelum menabur biji benih, kita perlulah meratakan tanah
terlebih dahulu... pastikan tiada lopak2 air kerana
Benih tidah akan tumbuh
di kawasan yang terlalu berair..
Lalu, apa yang perlu kita gunakan untuk meratakan tanah ini..
Mungkin terdapat sedikit kesalahan ejaan..
Selepas itu, bagi mengelakkan siput2
daripada bermaharajalela di sawah, kite perlu
menyembur racun siput..
Port paling menarik ialah di tepi2 batas..
Bukannya kita suka2 ja nak bunuh siput2 ni…
Sekiranya siput2 ini hidup, siput ini akan
memakan anak2 padi yang tumbuh…
Rugilah nanti..
Begitulah kisahnya…
Keesokan harinya bolehlah kita menabur
biji benih padi berkenaan..
Sebelum itu, benih2 tersebut hendaklah direndam
semalaman terlebih dahulu…
terdapat 2 cara menabur biji benih iaitu
secara manual dan automatik..
secara manual ni memerlukan tenaga
manusia sendiri untuk menaburnya..
tetapi cara automatik lebih mudah kerana kita
hanya menggunakan mesin untuk menabur biji benih…
Akan tetapi, sekiranya penabur seorang yang cermat,
hasil taburannya sama saja dengan menggunakan mesin
malah lebih baik dan menjimatkan kos.. J
Selang beberapa hari, anak padi pown tumbuh..
Satu lagi kerja yang perlu dilakukan ialah meracun rumput pula..
rumput ini kalau tidak diracun akan memudaratkan pokok padi,
hasilnya, padi akan lebih ringan dan ada kalanya tidak berisi..
hal ini demikian kerana rumput ini bersaing dengan pokok padi bagi
mendapatkan mineral dan air secukupnya… (betul kowt)
Selepas itu, sentiasalah melawat sawah bendang anda.
Pastikan air di dalam bendang mencukupi
dan tanah tidak merekah..
perlu diingatkan tujuan pemantauan juga tidak lain
tidak bukan untuk membasmi gejala curi air..
hah, caranya dengan memecahkan batas pemisah dan air daripada sawah
orang lain akan mengalir ke sawah si pencuri air..
bahaya kalau sawah kita kering..
padi akan MATI..
(air juga boleh diperoleh dengan mengepam air
daripada sungai berhampiran)
Sedikit tambahan,
sekiranya kawasan sawah anda berlopak2,
maka akan ada kawasan yang tidak ditumbuhi padi..
apa tindakan yang perlu dilakukan??
Oleh itu, kita perlulah mencari pembekal padi semai..
Mereka ini menjual anak2 padi..
Seikat dalam RM3, tapi banyak la..
Apabila sudah memperoleh padi semai,
Kita perlulah MENYULAM padi..
Menyulam padi tidak sama dengan menyulam kain..
Mungkin perit siket..
yang warna hijau, padi asal...
yang agak kuning tu, padi yang baru disulam...
mudah ja kalo rajin...
yang warna hijau, padi asal...
yang agak kuning tu, padi yang baru disulam...
mudah ja kalo rajin...
Sebab apa??
Kita perlu lakukannya dengan penuh kesabaran
dan ketekunan yang tinggi…
Panas terik akan mencengkam kulit kita..
Adakalanya sampai ke isi..
Bagi kawasan padi yang banyak berlopak , memang saket la..
TEKNIK MENYULAM GUNA ALAT KHAS
alat menyulam
mula2 cari kawasan yang berlopak..
kemudian, cangkul sedikit padi di kawasan yang agak lebat..
akhirnya, jadi macam ni..
(jarang2 pown ok, lama2 akan lebat juga...)
Hah, baru teringat, dalam sawah ini
pown ada risikonya..
Antaranya, ular, ketam, kulit siput dan
serpihan kaca…
bagi sesiapa yang kurang bernasib baek, maka bertemulah
dia dengan ‘sang senduk’ berwarna hitam..
LARIIIIIIIII la….
Selain itu, pesawah juga boleh meraih rezki tambahan dengan
menangkap ikan yang hidup di dalam sawah seperti
ikan puyu dan haruan..
Biasanya apabila musim menuai tiba, anak2 kecil
akan memancing beramai2 di sawah..
Adakalanya orang dewasa lagi ramai..
Bukannya apa..
Semua ini satu bentuk hiburan bagi kami…
PANORAMA DI SAWAH PADI SENDIRI
gunung jerai sentiasa menjadi 'background' sawah kat sini
hah, nampak tak macam ada laluan ular tu..
itu sebenarnya longkang yang dibuat khas untuk
menyalurkan air dari sungai ke dalam sawah...
*hakikatnya memang penat nak mengerjakan lebih dari 30 relung sawah ni..
kesabaran yang tinggi perlu ada...
kesabaran yang tinggi perlu ada...
Moral of the story..
Jadilah kita seperti resmi padi,
Makin berisi, makin tunduk.
Terutama kepada sahabat2 yang akan melanjutkan pelajaran
dalam masa terdekat ni..
Makin kita berilmu janganlah semakin bongkak,
Tetapi jadilah semakin pemurah…
…WALLAHUA’LAM…
2 comments:
Post a Comment