"CeBisAn HiDuP DA'ie WAQafAn..."

...DUNIA tak sentiasa KKJ...

Friday, September 2, 2011

tinta seorang da'ie 52 : BERATnya… SEDARkah KITA??



…BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…

ASSALAMUALAIKUM w.t.b
dan SALAM SYAWAL
kepada sahabat2 handai yang masih
memberikan sokongan terhadap blog faqir ini…
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kaseh
yang tidak terhingga kepada
antum semua… J

Hari berganti hari…
Cuti ‘Kolej’ pown sudah sampai ke penghujungnya…
Sudah tiba masanya untuk meneruskan perjuangan
dalam jihad menuntut ilmu..
Ana yakin, antum semua pown begitu meskipown
‘Kolej’ kita berbeza..
Entri kali ini merupakan yang terakhir
untuk cuti ‘Kolej’ kali ini…
Malam ni ana akan ‘berlepas’ ke sana..
Mohon didoakan selamat dalam perjalanan sehingga
sampai ke destinasi…

Berkenaan tajuk entri kali ini…
“BERATnya… SEDARkah KITA??”
Kita sebagai Khalifah di muka bumi ini
Mempunyai satu tanggungjawab yang besar lagi berat…

Ketika belajar dalam ‘kuliah’ yang lalu,
Subtopik pertama daripada kitab AYAT AHKAM,
Nampak macam senang tetapi sebenarnya amat berat…
Memang mudah untuk mempelajari sesuatu ilmu
dan menulisnya kembali dalam kertas peperiksaan
tetapi apabila masuk proses PENGAMALAN,
ting tong juga jadinya…

Mana tak nya,
Contoh yang terkena pada diri ana sendiri,
Apabila bertemu keluarga dan sanak saudara,
Pelbagai ragam dan fesyen yang boleh kita perhatikan…
Terutama pada hari perayaan sebegini…
Lilit sini, lilit sana…
Ketat, sendat dan sebagainya…
Nauzubillahiminzalik…
Begitulah tamadun Melayu kini,
Mudah dijajah pemikiran mereka…
Apa saja yang dilihat semuanya ditiru…

Kalau di ‘Kolej’ biahnya terjaga,
Jadi, sudah pasti diri kita sendiri akan terjaga,
Apabila masing2 dapat menjaga diri,
Secara tidak langsung semuanya akan selamat.

Tetapi bagaimana pula di rumah??
Adakah biahnya sama seperti di ‘Kolej’??
Atau lebih baik??
Atau lebik teruk??
Masing2 boleh mentafsirkannya sendiri…

Berat sungguh rupanya mesej yang ALLAH
sampaikan melalui ayat ini…
Jika dalam skop yang lebih kecil
Iaitu KELUARGA,

“Kita diminta menjaga diri sendiri
seterusnya menjaga ahli keluarga
daripada API NERAKA..”

Sebab apa kita disuruh ALLAH berbuat demikian,
Nah, ini kerana

“bahan bakar NERAKA terdiri
daripada manusia dan batu2 berhala yang disembah…”

Dahsyat bukan??
Tambahan lagi, terdapat 19

“Malaikat yang ALLAH tugaskan untuk menjaga NERAKA tersebut..
Mereka ini juga gagah2 dan keras2 belaka…
Apa sahaja perintah ALLAH pasti mereka taati
dan tidak pernah memungkirinya….”


Terdapat juga hadis yang mengukuhkan
dalil ini seperti :

"Setiap kamu adalah Pemimpin, dan kamu bertanggungjawab
atas segala yang kamu pimpin...."

Seandainya kita masih tak menjalankan amanah
yang kelihatan kecil tetapi hakikatnya besar ini,
Tunggulah balasan daripada ALLAH…

Kita sekarang ini, sibuk berdakwah
orang2 sekeliling... Bukan tak bagus...
 tetapi sedarkah kita, keluarga sendiri
tidak pula ‘didakwah’…
Sepatutnya keluarga kita perlu didahulukan...
Takkan kita nak melihat ALLAH dahulukan
keluarga kita untuk dicampak ke dalam NERAKA??
Inilah realiti masyarakat sekarang…

Semoga kita tergolong dalam
golongan yang sentiasa melaksanakan
AMAR MA’RUF DAN NAHI MUNKAR
tidak kira sesama KELUARGA
mahupun masyarakat
Sama2 kita mengambil ibrah daripada entri ini…
Muhasabah diri…

KHOIRUM MINALLAH,
SYARRUN MINNAFSI,

…Wallahua’lam…




2 comments:

sungguh,malanglah mereka yg terlibat dlm perjuangan tetapi tidak mampu mmbawa sedikit pun perubahan pada keluarganya sendiri..

tarbiah bermula di rumah..

alhamdulillah mendapat nikmat ditarbiah dari keluarga..

selamat kembali ke KKJ..
 
Syukran kepada BK... :)
 

Post a Comment

sharing is caring...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cool Neon Green Outer Glow Pointer