"CeBisAn HiDuP DA'ie WAQafAn..."

...DUNIA tak sentiasa KKJ...

Sunday, October 23, 2011

tinta seorang da'ie 52 : AMANAH: diMINTA @ diBERI...



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

ASSALAMUALAIKUM w.t.b,
SALAM SEJAHTERA dan
SALAM 1AKIDAH…

ALHAMDULILLAH…
Seinfiniti kesyukuran kepada ALLAH s.w.t,
Tuhan yang mentadbir langit,
Tuhan yang mentadbir bumi,
dan Tuhan yang mentadbir di antara keduanya
di atas segala limpah rahmat-NYA yang tak
pernah putus2 kepada hamba2-NYA…
Sehingga pada hari ini,
dalam kesibukan mungutip mutiara ilmu di Bumi Waqafan,
Rabbul Izzati masih lagi memberi sedikit ruang
kepada diri ini untuk terus ‘mentadbir’ selia blog faqir ini,
InsyaALLAH sepanjang cuti yang agak ‘lama’ ini
ana akan cuba manfaatkan sepenuhnya untuk semua…


Selawat serta salam ke atas junjungan mulia,
Habiburrahman, RASULULLAH s.a.w
kerana berkat usaha baginda melalui rintangan
dakwah yang bertubi2 menyekat usahanya
dengan penuh iltizam dan kesabaran yang jitu
sehingga hari ini kita masih merasakan
DUA nikmat terbesar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM
Serta nikmat yang sering kita lupakan,
 Nikmat SIHAT dan MASA LAPANG… 

Kembali kepada ‘topic sentence’…
Apabila disebut tentang AMANAH,
 pasti berkait rapat dengan TANGGUNGJAWAB.
Dengar saja sudah terasa berat…
Namun, apabila disatukan kedua-dua perkataan ini,
sudah pasti akan melahirkan satu natijah
yang mempunyai ‘chemistry’nya tersendiri…
Apakah itu??

KEPIMPINAN
Ya, tepat sekali..
MasyaALLAH… mahu atau tidak setiap anak Adam
yang telah ditiupkan roh oleh ALLAH melalui perantaraan malaikat
ke dalam satu jasad yang menumpang dalam rahim ibu
yang ketika itu berusia 3 bulan
telah bersumpah kepada ALLAH untuk menjadi hamba yang
patuh dan pemimpin yang baik…
Maka bermulalah episod kepimpinan manusia sebagai khalifah
di tanah gersang, bumi yang fana’ ini…
seorang khalifah yang menegakkan ISLAM dan mentadbir bumi…
Bertitik tolak daripada itu, sorotan hidupnya pun bermula
pada saat kelahirannya, suka duka
asam garam kehidupan sebagai seorang pemimpin.

Sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w, maksudnya:

“Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan
kamu bertanggungjawab atas apa yang kamu pimpin…”

Itu salah satu amanah yang diberi,
Bagaimana pula dengan amanah yang diminta…??

Suka di sini untuk ana kongsi satu kisah dengan antum semua…
Satu sirah yang berkaitan dengan amanah yang dipinta…

Al-kisah bermula….
Pada suatu hari ketika Rasulullah
dalam perjalanan Hijrah ke Madinah,
para Ansar telah menunggu ketibaan Rasulullah
dengan penuh kegembiraan…
segala macam pujian kepada ALLAH dan Rasul-NYA
dilontarkan sambil diiringi paluan gendang dan kompang…
Setibanya Rasulullah di Madinah,
Ramai sahabat berpusu-pusu untuk menumpangkan
Rasulullah di rumah mereka… termasuklah ABU AYUB AL-ANSAARI,

Namun, pada hari itu, Unta nabi yang menjadi ‘pengadil’
kepada semua tawaran tersebut….
Apabila unta Nabi melintasi rumah ABU AYUB, unta baginda pown berhenti…
Nah, inilah rumah yang akan ditumpang oleh Rasulullah…
Disebalik kisah tersebut, rupa-rupanya
ABU AYUB telah berdoa kepada ALLAH dengan sebenar2 doa
agar Rasulullah berkenan untuk berkunjung ke rumahnya…

Nah.. kita lihat ABU AYUB meminta amanah daripada
ALLAH sendiri untuk menjaga Rasulullah…
Banyak kisah yang sudah kita ketahui mengenai
keadaan dalam rumah ketika itu…
Antaranya, beliau ingin menumpangkan Rasulullah
di tingkat atas namun ditolak oleh Rasulullah kerana di bawah
lebih memudahkan sahabat lain untuk menziarahinya…
dan apabila ABU AYUB naik ke tingkat atas, beliau akan
berjalan dengan begitu hati2 agar habuk dari atas
tidak jatuh ke bawah mengenai Rasulullah…

Kita dapat lihat bahawa begitu telitinya ABU AYUB
 dalam melaksanakan amanahnya…
Subhanallah…

BAGAIMANA PULA DENGAN ANTUM
YANG MEMINTA JAWATAN YANG ANTUM PEGANG SEKARANG??
TIDAK SALAH MEMINTA JAWATAN, TETAPI LAKSANAKANLAH
DENGAN SEBAIKNYA… AMBIL IBRAH DARIPADA KISAH ABU AYUB AL-ANSARI…

Kepimpinan suatu yang berat meskipun kadang kala
Kita tidak merasakan beratnya di atas pundak kita…
Bereskan mana yang patut kerana
akan sentiasa ada CCTV di sekeliling kita… (RAKIB DAN ‘ATID)
waspada juga dengan bisikan syaitan…
Oleh itu, kita perlukan muzakkir
yang sentiasa menegur dan menasihati kita…
Sedarsawarsa ini, terlalu banyak mehnah dan tribulasi
yang sentiasa mengganggu gugat tugasan kita…
Jangan sesekali berasa sedih kerana ALLAH bersama kita…

Sebagai penutup,
Suka ana memetik kata2 sahabat ana…
“Jangan minta dijauhkan daripada amanah, tetapi mintalah
Agar ALLAH bagi kekuatan untuk melaksanakannya…”

AMANAH juga merupakah medium tarbiyah terbaik
Untuk melahirkan mukmin yang professional….

KHOIRUM MINALLAH,
SYARRUN MINNAFSI…
Wallahu’alam….


4 comments:

amanah suatu yang subjektif lagi abstrak....
namun amanah mampu dizahirkan dengan terlaksananya tanggungjawab... bagaimana pula hendak melaksanakan tanggungjawab?? tepuk dada, jangan tanya selera, tanyalah iman antum.. lebih baik lagi TANYALAH USTAZ... :D
 
-dan Allah akn mmberi ape2pon waima amanah sekalipon kepade hambaNya bersesuaian dgn kemampuan hamba tersebut-
 
amanah medium tarbiyyah terbaik. betul tu!!

erm.. ana ada idea. apa kata enta hebah kan blog enta nih. ayat yang ringkas tapi padat. berisi sarat penuh makna. banyak iktibar yang ana dapat ambil dari blog enta nih. komersial kan lah blog ni dengan lebih best? kot? cadangan sahaja.

teruskan dakwah "bisu" nih disamping bergerak di "akar umbi". good job!
 
terima kaseh atas komen anda.. ana ni bukan pandai sgt bab menulis ni.. sekadar mengisi masa lapang.. kalo best, best la, kalo bowink, mintak maaf byk2.. jasa antum semua untuk sharekan input2 menarik drpd blog ni amatlah dihargai.. :)
 

Post a Comment

sharing is caring...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cool Neon Green Outer Glow Pointer