"CeBisAn HiDuP DA'ie WAQafAn..."

...DUNIA tak sentiasa KKJ...

Sunday, November 6, 2011

tinta seorang da'ie 54 : Raya di PERANTAUAN...


BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM w.t.b,
SALAM SEJAHTERA dan 
SALAM EIDUL ADHA buat semua...

KKJ cuti lagi minggu ni...
Kalau sebelum ni cuti DEEPAVALI selama 10 hari,
tetapi untuk HARI RAYA EIDUL ADHA pula sekadar 3 hari...
Oleh itu, sekali lagi lah tahun ni terpaksa beraya di perantauan...
Meskipun sanak saudara sudah berkumpul di kampung,
penuh selera menjamah lemang dan ketupat,
ditambah pula dengan rendang tok dan serunding,
daging korban yang masih fresh, 
macam juadah boleh masak ni...
Namun, apakan daya...
Diri ini masih bermusafir di Bumi Waqafan ini...
Pagi yang hening ini, 
Bertarikh 6 NOVEMBER 2011,
Bersamaan 10 ZULHIJJAH 1432 Hijrah...
Angin sepoi2 bahasa melambai2 ke jendela musolla... 
Masih terasa bayu semalam menggigit hingga ke tulang...
Setiap titisan air yang membasahi tubuh terasa kedinginannya...
Ku segerakan langkah agar tidak terlepas tahajud...
.....................

Azan Subuh berkumandang...
Muslimin perlu bergegas ke  Masjid DRSS untuk solat Subuh berjamaah...
Sama seperti hari2 Ahad sebelum ni...
Bezanya hari ini tiada kuliah Subuh....
Semua perlu membuat persiapan untuk solat sunat Eidul Adha,
khabarnya akan bermula pada jam 8.00 pagi...
Usai solat, para pelajar menuju ke dewan makan...
Roti Mightywhite perisa Blueberry menjadi santapan pagi...
(menu pagi raya di sini)
..............................

7.45 pagi...
Berjalan beramai2 menuju ke masjid...
Terdengar sayup2 takbir dari masjid...
Amboi... mendayu2 pula...
Menambahkan kesedihan dan kepiluan di dada....
Sepatutnya perlu lebih bersemangat bukan??
baru terasa ZOUKnya nak berkorban...
Biar terketar2 lutut lembu2 tu.. 
Ni tak, lagi sengeh2 ada la...
(apa boleh buat, sabar itu cantek)
........................

Perjalanan pulang daripada masjid dipenuhi dengan candid2,
pandai bergaya juga ustaz2 ni...






Baeklah...
(tadi intro je)

Pertama dan selamanya marilah kita sama2 merafa'kan seinfiniti
kesyukuran ke hadrat ALLAH s.w.t atas segala limpah kurnianya,
sehinggakan pada tahun ini, kita masih lagi diberi
kesempatan untuk menyambut EIDUL ADHA 1432 Hijrah...
Masih dapat merasai nikmat daging korban...

Seterusnya selawat serta salam ke atas junjungan
mulia Al-Musthofa, MUHAMMAD s.a.w...
kerana penat lelah dan jerit payahnya,
kita masih lagi merasai nikmat IMAN dan ISLAM,
kita masih mengharapkan taufiq dan hidayah ALLAH...
Agar dengan itu, rahmat ALLAH tidak pernah kunjung malap
dalam hati2 orang yang beriman...
insyaALLAH...

Entry kali ni serba ringkas...
Sebenarnya nak cerita tentang pengorbanan...
Namun, apakah diri ini layak untuk bercerita tentang itu??
Sedikit tazkirahlah mengenai sirah di sebalik EIDUL ADHA
yang kita sambut saban tahun ni...

Saat berderai jatuh titisan air mata suci nabi ALLAH, IBRAHIM a.s...
Melihat keteguhan iman anaknya, nabi ISMAIL a.s...
Di kala itulah bermulanya sejarah agung ERTI SEBUAH PENGORBANAN...
Apakah yang dikatakan oleh ISMAIL a.s sebaik sahaja mengetahui arahan daripada ALLAH??

Mafhumnya :



......"Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insyaAllah,
 ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

(Surah As-Softat : ayat 102)

Begitulah besarnya pengorbanan seorang hamba yang meletakkan arahan
ALLAH di puncak yang tertinggi..
Siapalah kita bila di hadapan ALLAH s.w.t untuk mengatakan
tidak atau tunggu. Sedangkan undang2 Islam bukanlah baru digubal
tetapi sudah termaktub dalam Al-Quran dan Al-Hadis sejak
1400 tahun yang lalu atau lebih lagi....
(sekadar penambahan)
..................................................

Ambillah segala pengajaran sepanjang tempoh yang ada ini...
Gunakan 4 hari ini iaitu 10,11,12 dan 13 ZULHIJJAH 1432
ini untuk memperbanyakkan berzikir kepada ALLAH...
Gandakan Takbir, Tahmid, Tasbih, dan Tahlil untuk
memuji ALLAH s.w.t...
Mengikut sunnatullah, lembu yang kita sembelih tu pown
sebelum mulakan aktiviti sehariannya, lembu itu akan
tunduk kemudian baru bangun sebagai tanda sujud kepada ALLAH...

Begitulah kita sebagai makhluk ALLAH juga..
Setiap pagi kita akan sujud kepada ALLAH taala pada solat Subuh
sebagai tanda memuji dan mengagungkan kebesaran ALLAH...

pesanan penaja:
Siapa2 yang banyak stok daging korban dalam peti ais tu,
berpada2 lah ketika hendak memakannya...
Orang yang kenyang dan kurang ibadahnya ni sukar
ketika melalui proses hisab nanti...
Dan orang yang selalu lapar dan banyak ibadah,
ALLAH akan permudahkan urusan hisabnya kelak...

BANYAK MAKAN=MALAS


SALAM EIDUL ADHA 1432 HIJRAH,
KULLU'AM WA ANTUM BIL KHOIR...


KHOIRUMMINALLAH...
SYARRUN MINNAFSI...

Wallahua'lam... :)


4 comments:

najmeen post post kau banyak menyentuh aku .
 
hoho... yeke.. alhamdulillah... harapnye bermanfaat la... :D
 
Min, muzik background ni nama apa. Aq nk donload. Kenangan nih!
 
namanya doaku-instrumental
hadad alwi
 

Post a Comment

sharing is caring...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cool Neon Green Outer Glow Pointer