BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…
ASSALAMUALAIKUM w.t.b
SALAM SEJAHTERA
dan HIJRAH 1433
buat semua pengunjung setia blog faqir ini…
Kalau nak diikutkan sudah agak lewat
untuk menge’post’ entri berkenaan
HIJRAH ni…
Memandangkan kerja yang bertimbun-timbun
maka x sempat diri ini menjengah blog faqir ini..
Semoga isi yang ‘simple’ kali ni mampu mengisi kelompangan
untuk entri baru bertandang…
Koc tumpanganku semakin hamper ke destinasi
bernama stesen 1433,
Mengusir debu-debu 1432 Hijrah,
Dosa, pahala dan lara berterbangan di landasan,
Ditiup angina memori sepanjang tahun,
Hati pecah meronta-ronta mencari maksud Hijrah,
Dek terkena pancaran sinar keraguan,
Taburan pacai diatas jasad kaku,
Meletak titik noktah di penghujung waktu,
Pada semalam yang meninggalkanku,
Raban tuturan jiwa kosong kacau bilau,
Tidak bisa diolah sesiapa,
Bagi merungkai makna,
Kerana dia sudah lena dalam majnun,
Antara sedar atau tidak,
Angkara kewarasan yang terlebih melampau,
Merabit kebahagiaan sesingkat mungkin,
Arena 1432 dibuka luas gelanggang,
Momen yang pelbagai,
Menghias padat diari kehidupan ini,
Titikan rabas yang mengalir,
Diharap kering dalam rahmat,
Pipi ini akan basah lagi,
Mengenangkan-Mu YaRabbi,
‘Stesen sekarang, 1433’
Suara peringatan dalam koc berbunyi,
Dan kereta api pown berhenti…
Sawah Padi, KEDAH D.A.
WALLAHU’ALAM
KHOIRUMMINALLAH,
SYARRUNMINNAFSI.
2 comments:
hijrah perlu momentum..
apatah lagi seorang dae'i
kekuatan sbnar seorang daei..
hbungan dgn Allah..
paling kena jga..
check tahajjud,bukan skdar solat..
utk semua exkisas se'daie'..G
Post a Comment