...BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM w.t.b
dan SALAM SYAWAL
kepada tetamu2 yang sudi menziarahi
blog ini pada waktu ini..
Semoga kita sentiasa dalam rahmat ALLAH...
Semoga SYAWAL ini mendidik jiwa kita
menjadi BERSIH.
Entri kali ini khas ana tujukan kepada
sahabat2 yang akan
melanjutkan pelajaran ke luar negara...
Terutama ke Timur Tengah pertengahan bulan
ni...
Sengaja
diawalkan ucapan ini kerana dikhuatiri tidak sempat...
Maaf sekali lagi kerana tidak dapat
mengiringi antum semua berlepas...
MEMORI ITU
Pantas masa berlalu,
Dek kerana terlalu cemburu,
Melihat ukhuwah antara kita bersatu,
Aku melihatmu di depan mataku,
Tapi itu dulu,
Dulu kamu sentiasa disisiku,
Menasihatiku dan menegurku selalu,
Bukan kerana marah tetapi menyayangiku,
Kerana tidak mahu aku terus hanyut
bersama mimipi2ku,
Semasa sakitku ada kamu,
Di waktu susahku, kamu bantu,
Tatkala aku kegembiraan, itu kerana
bersamamu,
Di kala kukesedihan, kerana berpisah
denganmu,
Bukan berpisah selamanya, tapi untuk satu
waktu,
Bukan sedepa mahupown sehasta, tapi berbatu-batu,
Semoga mendapat rahmatNya atas perpisahan
itu,
Perpisahan untuk jihad menuntut ilmu,
Kau selamanya dihatiku,
Membakar semangatku untuk berjaya
sepertimu,
Kuharap kau tidak pernah melupakanku,
Senyum tawamu sentiasa membayangiku,
Di akhir kalamku,
Doaku sentiasa mengiringimu,
Bukan kerana kau sahabatku,
Tetapi kerana kau SAUDARAKU...
hasil nukilan saudara yang sentiasa
menyayangimu kerana ALLAH
najmeen an-naseeri
Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan...
Semoga kita berada dalam 7 golongan yang
mendapat naungan daripada ALLAH di mahsyar
kelak...
Pemuda2 yang bertemu dan berpisah kerana
ALLAH...
Tuntutlah ilmu kerana ALLAH...
Semoga berjaya saudaraku...
Terbanglah HELANG2 Bumi Waqafan...
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SPM 2010
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT STAM 2010
dan
Sahabat2 seperjuangan yang lain..
Semoga pesanan ringkas daripada saudara2ku
sentiasa memberikan semangat
buatku untuk terus berjuang di Bumi
Waqafan nanti,
‘ bukan
senang menghadapi kehilangan.. Saidina Umar yg ditakuti ramai orang pun sukar untuk
menghadapi kehilangan Muhammad SAW.. namun mampu dihadapi setabah Saidina Abu Bakar..
dengan tenang Saidina Abu Bakar berkata "barangsiapa yg menyembah Muhammad
sesungguhnya baginda telah wafat, namun barangsiapa yg menyembah Allah, maka
sesungguhnya Allah itu Maha Hidup dan tidak pernah wafat.."..
kataku " jika kamu berjuang kerana rakan2 di sisi, sesungguhnya mereka akan pergi.. namun jika kamu berjuang kerana Allah dan Rasul, maka sesungguhnya Allah dan Rasul itu kekal dalam hati.." ‘
kataku " jika kamu berjuang kerana rakan2 di sisi, sesungguhnya mereka akan pergi.. namun jika kamu berjuang kerana Allah dan Rasul, maka sesungguhnya Allah dan Rasul itu kekal dalam hati.." ‘
KHOIRUM MINALLAH,
SYARRUN MINNAFSI.
...Wallahua’lam...
3 comments:
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bangunkan ummah bina generasi
Dibumi yg bertuah ini
Diriku mula menyedari
Matlamat hidup sebagai abdi
Kepada Allah Allahu Rabbi
Diriku kini sebebbas unggas
Terbang riang di angkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indahnya indahnya oh indahnya
Wahai genarasi dengarlah pesanan ini
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah
Kutiplah mutiara-mutiara indah
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah
Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh dihadapan
Pandanglah didepan balasan tuhan
Syurga firdaus menanti kalian
Teruskan Oh teruskan
Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman umat akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan.
Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapanku ini
Pohon untukku dalam doamu
Diriku pejuang Islam yang satu
syahdu~..T.T
Post a Comment