gambar hiasan
Kali ini ana terpanggil untuk membicarakan mengenai
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.t.b dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur kepada Allahu Jalla Waala
di atas segala kurniaan-Nya kepada kita sehingga ke saat
ini.
Selawat serta salam ke atas junjungan besar
Rasulullah Muhammad s.a.w atas segala pengorbanan baginda
Kepada umat yang amat baginda cintai iaitulah kita yang
serba kekurangan ini.
Kali ini ana terpanggil untuk membicarakan mengenai
Topik yang berat ini..
Mungkin ringkas sekdar dibuat renungan.
Sedih.Hiba.Terkilan.Kecewa.
Itulah antara perasaan yang menyelubunyi
hati-hati pencinta Dakwah dan Tarbiyah.
Fenomena ‘Gangnam Style’ memberi tamparan hebat
kepada para da’ie bahawa kita
tertewas dengan budaya Hedonisme yang dibawa
oleh musuh-musuh Islam.
Hati-hati umat Islam kini seolah-olah tiada pendirian,
Bukan semua, tetapi sebahagian daripada kita.
Namun, dek kerana sebahagian inilah yang
akan melambatkan kemenangan Islam.
Hairan dengan telatah anak-anak muda,
SIANGNYA K-POP, MALAMNYA MAJLIS ILMU,
Malam mengutip mutiara keberkatan akan tetapi siangnya
di’topupkan’ pula dengan dosa noda daripada maksiat.
Berjoget2, melihat aurat perempuan menari dsb...
Wahai saudaraku yang disayangi...
Sedarlah dikau bahawa kita sedang dijajah oleh
SEKULARISME.
Agama dan Politik itu dipisahkan dengan menolak hukum
Allah,
Hukum manusia diangkat dan dijulang tinggi...
Hukum yang dibina atas dasar nafsu manusia hanya akan
Mencetuskan huru-hara dan mengancam umat.
Kita lantang menyuarakan pelaksanaan Maqasid Syariah,
Tapi bagaimana mahu
diimplimentasikan dalam kehidupan kita?
Sudah tentu:
1)
NYAWA- Wajib dilaksanakan HUDUD DAN QISAS (maka sekiranya mereka yang ingin membunuh
mengetahui bahawa hukuman bunuh akan dilaksanakan, sudah pasti mereka tidak
berani untuk membunuh)
2)
AGAMA- Wajib dibunuh mereka yang MURTAD (maka sekiranya
mereka yang ingin murtad mengetahui bahawa hukuman bunuh akan dilaksanakan,
sudah pasti mereka tidak berani untuk murtad)
3)
HARTA- Wajib dilaksanakan HUDUD (maka sekiranya mereka
yang ingin mencuri mengetahui bahawa hukuman potong tangan akan dilaksanakan,
sudah pasti mereka tidak berani untuk mencuri)
4)
AKAL- Wajib dilaksanakan Had Sebatan (maka sekiranya
mereka yang ingin meminum arak mengetahui bahawa hukuman sebatan akan
dilaksanakan, sudah pasti mereka tidak berani untuk meminum arak)
5)
KETURUNAN- Wajib dilaksanakan Had sebatan dan rejam sampai mati (maka sekiranya mereka
yang ingin berzina mengetahui bahawa hukuman tersebut akan dilaksanakan, sudah
pasti mereka tidak berani untuk berzina)
Tepuk dada tanya iman
kita...
Agama kita diracuni oleh LIBERALISME,
Persamaan taraf antara agama antaranya
menyebabkan perkahwinan berlainan agama.
Ini jelas memperlekehkan kemuliaan dan ketinggian Islam..
Mungkin di Malaysia ancaman ini belum terzahir..
Akan tetapi, gejala ini semakin membarah dalam hidup
umat, siapa yang akan menyedarinya?
Mahu menuggu terhantuk bari terngadah?
Tepuk dada tanya Iman kita...
Hati kita dibelenggu HEDONISME,
Hiburan melampau kini merajai hati-hati
Yang sepatutnya dibasasi dengan embun-embun ilmu..
Siang malam didendangkan dengan alunan K-pop,
Masa terluang diisikan dengan tontonan drama
dan realiti TV Korea yang melalaikan...
Hakikatnya, umat Islam seharusnya
Melazimi diri dengan mengalunkan kala suci Al-Quran,
Membasahi bibir dengan zikir-zikir munajat..
Duduk sebentar berfikir tentang nikmat kehidupan..
Tepuk dada, tanya Iman kita...
Agama kita dijuzukkan oleh PRAGMATISME,
Memilih-milih mana yang mudah untuk dilaksanakan..
Meninggalkan mana yang sukar lagi berat..
Saudaraku, Islam itu syumul...
Tiada yang merugikan untuk melaksanakan segala perintah
Dan meninggalkan segala tegahan...
Semuanya ada ganjaran yang hebat..
Tepuk dada, tanya Iman kita...
Sedarlah saudaraku... ISME2 sedang merobek kesucian
Islam...
Masyarakat memandang enteng masalah ini..
Pemerintah seolah-oleh dirantai tangan-tangan ghaib yang
menutup mata mereka akan bahayanya ancaman2 ini
kepada agama Islam dan negara,
Umat dilalaikan dengan hiburan.
Sedarlah, kita bukan KUDA YANG MUDAH UNTUK DITUNGGANG..
KITA ADALAH SINGA SI RAJA RIMBA YANG TEGAS DENGAN MUSUH
DAN BERSANTUN DENGAN SAUDARA SEISLAM..
Wahai saudara seagamaku,
Ayuhlah kita kembali kepada sumber utama kita,
Kompas menuju kejayaan duniawi dan ukhrawi..
BERPEGANG TEGUHLAH KITA KEPADA
AL-QURAN DAN
AS-SUNNAH.
Khoirum min ALLAH,
Syarrun min nafsi..
2 comments:
Tak mustahil dengan bahasa, bisa merubah manusia. Selamat beramal!
Post a Comment