"CeBisAn HiDuP DA'ie WAQafAn..."

...DUNIA tak sentiasa KKJ...

Tuesday, March 12, 2013

tinta seorang da'ie 58 : Tatkala Umat ‘BERGANGNAM’

gambar hiasan


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.t.b dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur kepada Allahu Jalla Waala

di atas segala kurniaan-Nya kepada kita sehingga ke saat ini.

Selawat serta salam ke atas junjungan besar

Rasulullah Muhammad s.a.w atas segala pengorbanan baginda

Kepada umat yang amat baginda cintai iaitulah kita yang serba kekurangan ini.
 
Kali ini ana terpanggil untuk membicarakan mengenai
Topik yang berat ini..

Mungkin ringkas sekdar dibuat renungan.



Sedih.Hiba.Terkilan.Kecewa.

Itulah antara perasaan yang menyelubunyi

hati-hati pencinta Dakwah dan Tarbiyah.

Fenomena ‘Gangnam Style’ memberi tamparan hebat

kepada para da’ie bahawa kita

tertewas dengan budaya Hedonisme yang dibawa

oleh musuh-musuh Islam.



Hati-hati umat Islam kini seolah-olah tiada pendirian,

Bukan semua, tetapi sebahagian daripada kita.

Namun, dek kerana sebahagian inilah yang

akan melambatkan kemenangan Islam.



Hairan dengan telatah anak-anak muda,

SIANGNYA K-POP, MALAMNYA MAJLIS ILMU,

Malam mengutip mutiara keberkatan akan tetapi siangnya

di’topupkan’ pula dengan dosa noda daripada maksiat.

Berjoget2, melihat aurat perempuan menari dsb...



Wahai saudaraku yang disayangi...

Sedarlah dikau bahawa kita sedang dijajah oleh SEKULARISME.

Agama dan Politik itu dipisahkan dengan menolak hukum Allah,

Hukum manusia diangkat dan dijulang tinggi...

Hukum yang dibina atas dasar nafsu manusia hanya akan

Mencetuskan huru-hara dan mengancam umat.

Kita lantang menyuarakan pelaksanaan Maqasid Syariah,

Tapi bagaimana mahu  diimplimentasikan dalam kehidupan kita?


Sudah tentu:

1)   NYAWA- Wajib dilaksanakan HUDUD DAN QISAS  (maka sekiranya mereka yang ingin membunuh mengetahui bahawa hukuman bunuh akan dilaksanakan, sudah pasti mereka tidak berani untuk membunuh)


2)   AGAMA- Wajib dibunuh mereka yang MURTAD (maka sekiranya mereka yang ingin murtad mengetahui bahawa hukuman bunuh akan dilaksanakan, sudah pasti mereka tidak berani untuk murtad)


3)   HARTA- Wajib dilaksanakan HUDUD (maka sekiranya mereka yang ingin mencuri mengetahui bahawa hukuman potong tangan akan dilaksanakan, sudah pasti mereka tidak berani untuk mencuri)


4)   AKAL- Wajib dilaksanakan Had Sebatan (maka sekiranya mereka yang ingin meminum arak mengetahui bahawa hukuman sebatan akan dilaksanakan, sudah pasti mereka tidak berani untuk meminum arak)


5)   KETURUNAN- Wajib dilaksanakan Had sebatan dan rejam sampai mati (maka sekiranya mereka yang ingin berzina mengetahui bahawa hukuman tersebut akan dilaksanakan, sudah pasti mereka tidak berani untuk berzina)

Tepuk dada tanya iman kita...



Agama kita diracuni oleh LIBERALISME,

Persamaan taraf antara agama antaranya

menyebabkan perkahwinan berlainan agama.

Ini jelas memperlekehkan kemuliaan dan ketinggian Islam..

Mungkin di Malaysia ancaman ini belum terzahir..

Akan tetapi, gejala ini semakin membarah dalam hidup

umat, siapa yang akan menyedarinya?

Mahu menuggu terhantuk bari terngadah?

Tepuk dada tanya Iman kita...



Hati kita dibelenggu HEDONISME,

Hiburan melampau kini merajai hati-hati

Yang sepatutnya dibasasi dengan embun-embun ilmu..

Siang malam didendangkan dengan alunan K-pop,

Masa terluang diisikan dengan tontonan drama

dan realiti TV Korea yang melalaikan...

Hakikatnya, umat Islam seharusnya

Melazimi diri dengan mengalunkan kala suci Al-Quran,

Membasahi bibir dengan zikir-zikir munajat..

Duduk sebentar berfikir tentang nikmat kehidupan..

Tepuk dada, tanya Iman kita...



Agama kita dijuzukkan oleh PRAGMATISME,

Memilih-milih mana yang mudah untuk dilaksanakan..

Meninggalkan mana yang sukar lagi berat..

Saudaraku, Islam itu syumul...

Tiada yang merugikan untuk melaksanakan segala perintah

Dan meninggalkan segala tegahan...

Semuanya ada ganjaran yang hebat..

Tepuk dada, tanya Iman kita...



Sedarlah saudaraku... ISME2 sedang merobek kesucian Islam...

Masyarakat memandang enteng masalah ini..

Pemerintah seolah-oleh dirantai tangan-tangan ghaib yang

menutup mata mereka akan bahayanya ancaman2 ini

kepada agama Islam dan negara,



Umat dilalaikan dengan hiburan.

Sedarlah, kita bukan KUDA YANG MUDAH UNTUK DITUNGGANG..

KITA ADALAH SINGA SI RAJA RIMBA YANG TEGAS DENGAN MUSUH DAN BERSANTUN DENGAN SAUDARA SEISLAM..



Wahai saudara seagamaku,

Ayuhlah kita kembali kepada sumber utama kita,

Kompas menuju kejayaan duniawi dan ukhrawi..



BERPEGANG TEGUHLAH KITA KEPADA

 AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.



Khoirum min ALLAH,

Syarrun min nafsi..





2 comments:

salam ziarah. Teruskan bertinta demi islam.
Tak mustahil dengan bahasa, bisa merubah manusia. Selamat beramal!
 
in sya ALLAH.. syukran.. :)
 

Post a Comment

sharing is caring...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget
Cool Neon Green Outer Glow Pointer