BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.T.B dan
SALAM SEJAHTERA BUAT HADIRIN PEMBACA SETIA TERATAK USANG INI.
Setelah sekian lama ‘berehat’ daripada
meninggalkan nukilan di blog faqir ini,
terjentik jua di hati ini untuk mencoret sesuatu.
Mungkin juga luahan qalbu dan barang kali juga
hanyalah sebuah ‘contengan’ biasa.
Detik berganti detik,
Hari berganti hari,
Bulan berganti bulan,
Tahun berganti tahun.
Semakin ramai rasanya sahabat2ku yang
Semakin rancak mendirikan sebuah ‘masjid hijau’ yang tersergam indah.
Kalau dahulu hanya seorang, kini sudah menjadi dua.
Yang hebatnya, kedua2nya daripada kaum hawa.
Ya, Muslimah2 acuan Bumi Waqafan tercinta.
Diam2 ubi berisi.
Ke mana agaknya Muslimin kita ya?
Dulu lagaknya cukup hebat, kalo boleh nak jadi
Ahli batch pertama yang mendirikan masjid..huhu.
Tak beranikah?
Oh, mungkin masih mengumpul wang agaknya.
Boleh jadi sedang mendalami ilmu perkahwinan sebelum
menanggung anak orang.
Hah, oleh itu para muslimat di luar sana,
Jangan pandang negatif kepada sahabat Muslimin kita. :)
Eh, kembali kepada topik asal,
Oleh kerana, ramai lagi yang bakal bergelar isteri
dalam masa terdekat ni.
Maka di sini ada
sedikit tips bagi menjaga hati suami.
PERKARA-PERKARA YANG SUAMI TIDAK SUKA DILAKUKAN OLEH ISTERI
1. Isteri yang membantah, tidak menghormati dan tidak mematuhinya khususnya di hadapan orang lain.
2. Boros berbelanja terutama hal-hal yang tidak penting, khususnya pakaian dan perhiasan.
3. Selalu mengeluh.
4. Tidak bijak dalm berfikir dan berbicara.
5. Mengabaikan penampilan di hadapan suami, tetapi sanggupberhias untuk tatapan orang lain.
6. Menghormati keluarga sendiri tetapi mengabaikan keluarga suami.
7. Sering berdusta. Perbuatan sebegini menghilangkan kepercayaan suami kepadanya.
8. Memuji orang lain di depan suami(banyak terjadi di facebook). Perbuatan ini boleh menimbulkan perasaan kecil hati dan curiganya.
Suatu perkara yang boleh mendatangkan kemarahan bukan sahaja kepada suami tetapi juga Allah s.w.t yang menyebabkan isteri diberikan balasan neraka kelak.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“… Aku melihat neraka, dan aku tidak pernah melihat sesuatu pada saat ini yang dapat dibandingkan dengannya. Aku lihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita.”
Sahabat bertany, ‘Apa puncanya, wahai Rasulullah?’ Baginda bersabda, ‘Kerana mereka ingkar,’ Sahabat bertanya lagi, ‘Adakah mereka ingkar kepada Allah?’ Baginda menjawab, ‘Mereka mengingkari kebaikan. Sekiranya engkau berbuat baik kepadanya dalam waktu yang lama, apabila mereka melihat suatu keburukan, mereka berkata, ‘Aku tidak pernah melihat satupun kebaikanmu.’”
(hadis riwayat Muslim)
Oleh itu, selaku seorang isteri,
Antunna perlulah berusaha untuk menjadi isteri yang solehah.
Yang sentiasa menjadi petunjuk jalan
kepada para suami yang dalam kebuntuan.
Apakah sifat2 isteri solehah?
SIFAT-SIFAT ISTERI SOLEHAH
1. Membatasi pandangan hanya pada suami. Dia puas dengannya dan tidak memandang selainnya, tidak membanding-bandingkannya dengan orang lain serta tidak mengharapkan perhatian daripada orang lain selain daripada suaminya.
2. Membataskan aktiviti-aktiviti hariannya di rumah, menghadkan masa di luar rumah kecuali apabila ada alasan syarak yang menghalalkan dia berbuat demikian.
3. Bersegera meminta maaf meskipun dirinya dizalimi. Sabda Rasulullah s.a.w;
“Mahukah engkau aku beritahumengenai ister-isterimu yang menjadi ahli syurga? Merekalah yang penuh kasih, subur dan suka meminta maaf. Iaitu isteri sekiranya dizalimi, dia berkata, ‘ Inilah tanganku ada di tanganmu. Aku tidak akan tidur sehingga engkau reda kepadaku.” (hadis riwayat An-Nasa’ie)
4. Memenuhi hak-hak suami dengan baik, mengasuh dan mendidik anak2 dengan baik serta memenuhi hak kedua2nya dengan baik.
5. Berusaha supaya sentiasa tampil menarik setiap masa. Penampilannya cantik, aromanya wangi, tutur katanya lembut dan memikat serta baik tingkah lakunya.
6. Berusaha untuk tidak memperlihatkan hal-hal yang tidak disukai suaminya. Isteri yang pintar tidak akanmemperlihatkan kepada suaminya darah haid atau nifas, tidak muntah, tidak membuang air kecil atau besar di hadapan suaminya, dengan alasan tidak perlu malu2 lagi di hadapan suaminya. Boleh jadi suaminya tidak menyukai perbuatan itu.
7. Menghindari perkara2 yang boleh merosakkan penampilannya sebagai seorang wanita yang cantik, kerana wanita diciptakan untuk berhias cantik.
8. Memberikan penghormatan kepada suami dengan sesuatu yang membahagiakan dan menyenangkan hatinya.
9. Pandai memasak serta pandai menjaga kebersihan diri, anak2 dan rumah tangga.
10. Cerdas dan cermat dalam bertindak, berbicara dan meminta.
11. Sabar, berani dan cekap dalam melaksanakan tanggungjawab rumahtangga.
12. Menghantar suami ke depan pintu setiap kali suami berangkat ke tempat kerja, menyambutnya setiap kali dia pulang, berterima kasih di atas pemberiannya dan selalu mendoakan kebaikan kepadanya.
Begitulah sedikit sebanyak perkongsian daripada
Buku yang telah saya baca dan disyor oleh seorang sahabat.
Buku tersebut berjodol BUNGA KEBAHAGIAAN.
Boleh didapati di kedai buku Popular/MPH di sekitar kawasan anda.
Diharap semoga entri kali ini dapat
membantu muslimat di luar sana menyiapkan
diri sebelum bergelar seorang isteri solehah.
Perkongsian di atas belum termasuk tanggungjawab isteri lagi.
Jadi kena lah cari rujukan di sekitar anda.
KHOIRUMMINALLAH
SYARRUNMINAFSI
WALLAHUA’LAM.
1 comments:
Post a Comment