"CeBisAn HiDuP DA'ie WAQafAn..."

...DUNIA tak sentiasa KKJ...

Friday, August 26, 2011

tinta seorang da'ie 47 : RAMADHANku di KKJ...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.t.b.
 Salam Sejahtera
dan Salam RAMADHAN KAREEM...

Memandangkan kerenah birokrasi 
yang semakin menjadi2
di KKJ kini
amat menyeksakan jari jemari ini
untuk petah menari2,
menambah entri2 terkini...
Oleh itu, maafin diri ini
seandainya membuat kalian ternanti2
apakah akan terbit satu entri lagi...


BUKAN MUDAH...
MELUKIS PELANGI DI LANGIT YANG TERTINGGI...
TANPA HADIR GERIMIS DAN SINAR MENTARI...
YANG MENGIRINGI...

Begitulah kehidupan kita sebagai seorang insan 
di dunia serba fana ini..
Untuk mencapai sesuatu matlamat hidup
MENCAPAI MARDHATILLAH.
Kita perlu saling melengkapi antara satu sama lain...
Seandainya kita hanya bersendirian,
maka peratusan untuk kita gagal akan terus memuncak...

Dalam mengharungi liku2 kehidupan ini, kita perlukan pembimbing...
Mereka adalah daripada kalangan orang 
yang paling hampir dengan kita...
Siapa lagi kalau bukan sahabat kita?
Mereka memperuntukkan masa yang lama untuk kita 
berbanding ibu bapa kita sendiri..

Oleh itu  sahabat, ingin ditekankan di sini
bahawa pilihlah PEMBIMBING yang bertaqwa..
Mereka ini melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar...
Paling penting sekali ialah pastikan
apabila kita merenung wajahnya, kita mengingati ALLAH...
MasyaALLAH, inilah sebenar2 sahabat...

Alhamdulillah...
Tahun ini merupakan Ramadhan ketiga ana di KKJ....
Bersyukur sangat kerana masih diberi
kesempatan untuk melalui 3 fasa utama 
dalam Ramadhan kali ini...

Sepertimana yang kita ketahui,
Ramadhan merupakan madrasah TARBIYAH
terbaek untuk melatih diri menjadi
MUKMIN yang dinamik dan berprestasi tinggi...

Berbalik kepada mencari sahabat yang bertaqwa...
Bagaimanakah untuk mencapai tahap MUTTAQIN??
Firman ALLAH...

"Wahai orang-orang yang BERIMAN, telah difardhukan
PUASA ke atas kamu sebagaimana telah difardhukan
kepada kaum2 sebelum kamu. Moga2 kamu bertaqwa..."

Nah.. inilah dia metod terbaek untuk 
mencari MUTTAQIN sebenar..
Hasilnya dapat kita lihat adakah
mereka yang melalui Ramadhan ini mampu meresap
segala buah2 taqwa yang disediakan ALLAH 
buat hamba2nya yang mengerti.
Untuk memperoleh buah2 taqwa pula
perlu melalui 3 fasa utama iaitu :

RAHMAT.MAGHFIRAH.ITQUN MINANNAR


SEDIKIT SEBANYAK CERITERA RAMADHAN 1432H DI KKJ




AKHIR KALAM,
carilah SAHABAT yang bertaqwa..
Moga-moga kita turut terpalit ketaqwaan
yang dimilikinya...


"Jadilah hamba ALLAH dan janganlah jadi hamba Ramadhan"

Jangan sampai kita beribadah bersungguh2 pada
bulan yang mulia ini terutama untuk mencari LAILATUL QADR,
tapi apabila masuk Syawal, 
ibadah semakin berkurang,
Al-Quran pun tak pegang,
Zikir pun kontang,
Pergi masjid pun jarang...

Wallahua'lam
Hamba yang faqir ini memohon jutaan kemaafan
kepada antum sekiranya terkasar bahasa,
tersalah taip dan sewaktu dengannya...

0 comments:

Post a Comment

sharing is caring...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cool Neon Green Outer Glow Pointer