BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ALHAMDULILLAH...
ASSALAMUALAIKUM w.t.b.
dan SALAM SEJAHTERA..
kepada semua blog walker
yang ana kasihi kerana ALLAH sekalian...
Semoga kita semua sentiasa dipayungi
rahmat daripada ALLAH...
Pertama dan selamanya
marilah kita sama2 memanjatkan setinggi2
kesyukuran ke hadrat ALLAH s.w.t kerana
dengan limpah kurnia hidayah dan inayahNya,
kita masih diberi kesempatan untuk menikmati
kehidupan di dunia tempat persinggahan
yang hanya untuk sedetik lebih ini...
Tidak lupa juga selawat serta salam ke atas
junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w kerana
dengan berkat usaha baginda yang sanggup
berkorban apa sahaja untuk umatnya, kita pada
hari ini masih mampu merasai kedua nikmat besar iaitu
nikmat iman dan nikmat islam..
ALHAMDULILLAH...
AKHIRNYA...
Masanya telah tiba...
Kini tibalah saatnya untuk diri
yang serba lemah ini untuk mengumumkan bahawa
entry ini adalah entry terakhir sebelum melanjutkan pelajaran...
Tidak dapat ditafsirkan perasaan ini ketika menaip entry kali ni..
mungkin juga sedih..
mungkin juga hiba..
mungkin juga sayu...
Namun,
apakan daya diri ini..
Demi meneruskan usaha mencapai cita2,
blog ini terpaksa dibiarkan bersawang
untuk satu tempoh yang belum ditentukan..
Semoga apa yang bermanfaat dapat dikongsikan bersama..
Mana yang kurang baek harap ditinggalkan...
Perpisahan itu amat memedihkan...
Mungkin masa yang diperuntukkan untuk
memenuhi ruangan dalam blog ini sedikit
sebanyak dapat digunapakai
oleh diri ini...
Sedih,
apabila soft copy untuk entry terakhir yang 'sebenar'
terdelete tadi...
Penat juga mengarangnya...
Tak apa lah..
Ada hikmahnya...
Esok,
hari pendaftaran...
Semoga diri ini selamat sampai di sana..
Meneruskan jihad menuntut ilmu...
Sama seperti rakan2 seperjuangan yang lain...
Sahabat...
Diri ini memerlukan doa anda semua untuk berjaya...
Doakan diri ini CEMERLANG...
Diri ini juga memerlukan keampunan daripada anda
semua seandainya ada membuat sebarang kekhilafan
sepanjang berbloging ini...
SALAM WIDA'
12.44 a.m
13 Jun 2011
2 comments:
Post a Comment