"CeBisAn HiDuP DA'ie WAQafAn..."

...DUNIA tak sentiasa KKJ...

Saturday, June 4, 2011

tinta seorang da'ie 44 : KEBAHAGIAAN Dalam PERPISAHAN...


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM w.t.b 
dan  SALAM SEJAHTERA
ana ucapkan kepada anda yang masih
sudi meringan2kan jari anda untuk menge'klik'
link ke blog ini...
Ana amat menghargai usaha itu..
Semoga anda mendapat manfaat daripada
apa yang akan ana sampaikan walaupown sekelumit cuma ini...


KEBAHAGIAAN,
Merupakan sesuatu nikmat besar daripada ALLAH
yang begitu mudah untuk dirasai oleh jiwa2
yang singgah di bumi yang fana ini..
Terlalu luas....

Ada yang merasakan bahagia itu apabila dikurniakan 
harta yang melambak2...
Ada juga yang merasakan bahagia itu apabila
dianugerahkan pelbagai jawatan dan pangkat dunia...
Ada juga yang bahagia apabila mendapat isteri2 yang jelita..
Ada juga yang bahagia apabila dikurniakan anak2 yang ramai...
Ada yang bahagia apabila tinggal di rumah yang besar lagi hebat...
Ada yang merasa bahagia apabila menganiaya orang lemah...

Dari sudut yang berbeza...
Ada yang merasakan bahagia itu apabila dikurniakan 
harta yang sederhana di dunia tetapi kaya di akhirat...
Ada juga yang merasakan bahagia itu apabila
cukup sekadar berkhidmat di dunia dan mengharapkan darjat di akhirat... 
Ada juga yang bahagia apabila dijanjikan bidadari rupawan di akhirat...
Ada juga yang bahagia apabila dikurniakan 
anak2 yang soleh sebagai bekalan akhirat...
Ada juga yang bahagia apabila tinggal di rumah sederhana 
dan mendapat mahligai di akhirat...
Ada juga yang bahagia apabila berbakti kepada 
masyarakat yang lemah...
Ada yang itu dan Ada yang ini...
Infiniti...

Dimana kita agaknya??

Kita sebagai Khalifatullah,
Kita sebagai Abidullah,
Kita sebagai Da'ieilallah,
Selalu sahaja mengharapkan kebahagiaan 
daripada ALLAH s.w.t...
Setiap detik, setiap saat...
Sentiasa memohon..
Namun apakah kebahagiaan yang kita pohon itu
merupakan kebahagian yang kekal sehingga hari akhir kelak,
atau hanya kebahagiaan yang bersifat keduniaan yang sementara ini...??
Tepuk dada tanyalah iman anda semua...

PERPISAHAN,
Sesuatu yang amat menyakitkan...
Sesuatu yang amat pedih untuk dirasa...
Sesuatu yang amat pahit untuk ditelan...
Namun, kita masih dapat merasakan
perpisahan itu...
Seolah2 perpisahan itu sesuatu yang
wajib untuk dilalui oleh semua makhluk ALLAH...
Tidak kiralah perpisahan sesama keluarga,
sesama saudara,
sesama sahabat2,
dan sebagainya...

Agaknya, yang mana lebih menyedihkan..
Meninggalkan atau Ditinggalkan...??
Jawapan kepada soalan ini tidak perlu dijaharkan...
Cukup sekadar kita tahu sendiri akan jawapannya..

Siapa yang sukakan perpisahan??
Mungkin agak pelik jika ada yang menyukainya..
Kerana sudah menjadi fitrah alam, perpisahan itu akan menyedihkan..
Tetapi, adakah kesedihan kerana perpisahan itu 
memberi manfaat kepada kita
di akhirat kelak??

"Beruntunglah bagi dua orang pemuda yang bertemu dan berpisah kerana ALLAH"

Mengapa mereka ini dikatakan beruntung??
Benar, mereka beruntung kerana telah dijanjikan syurga oleh ALLAH...
Mudah, kerana bertemu dan berpisah kerana ALLAH...
Mudahkah??

Persoalan di sini, mengapa ada kebahagiaan dalam perpisahan??

Kebahagiaan itu sesuatu yang subjektif...
Sekarang ini lebih 99% sahabat2 ana telah melanjutkan
pelajaran ke peringkat seterusnya...
Ramai yang telah meninggalkan diri ini...
Namun, mengapa diri ini merasakan kebahagiaan
di atas sepeninggalan mereka...

Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana
KEMANISAN UKHWAH
yang telah disemai dalam setiap saat dan detik waktu kami bersama..
Pengenalan dalam masa yang singkat membuatkan
kami makin teruja untuk mengenali antara satu sama lain...
Di saat2 kami keriangan, kami dipisahkan..
bukan perpisahan yang sia2..
Tetapi demi mencari mardhatillah yang agung...
Perpisahan yang mendapat rahmat...
Semakin diri ini berjauhan, semakin
kuat rindu ini untuk kembali bersama...
Solat bersama,
Makan bersama,
Tidur bersama,
Riadah bersama,
Prep bersama,
Mengaji bersama,
Usrah bersama,
Segala2 pasti bersama...

Diri ini merasakan sedih apabila ditinggalkan...
Namun diri ini pasti lebih sedih apabila terpaksa meninggalkan...
Masa untuk diri ini semakin suntuk...
Setiap detik terasa pantas berlalu pergi...
Apakan daya diri yang lemah ini...
Ampunkan dosaku ya ALLAH,
Maafkan ku wahai sahabat...

Teringat tentang 3 MARHALAH UKHWAH :

1. SALIMATUS SODRI- Sentiasa berlapang dada...
2. - MUSAWAH - Meletakkan hak saudara Islam sama dengan hak kita sendiri...
3. ITHAR - Mengutamakan orang lain...

Kita banyak lakukan 3 perkara ini dalam usrah dulu kan??


Terima kasih atas kebahagiaan ini...

2 comments:

LIKE! ak rase ak da jd pngomen setia nafas daie...
 
terima kaseh... semoga anonymous sentiasa memberi komen dan nasihat yang membina...
 

Post a Comment

sharing is caring...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cool Neon Green Outer Glow Pointer