DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
ASSALAMUALAIKUM w.t.b
Dan SALAM RAMADHAN
kepada semua pembaca entri kali ini…
Pejam celik, pejam celik…
Masa begitu pantas berlalu…
Setiap detik membawa kita ke penghujung Ramadhan 1432H…
Sudah cukupkah amalan kita pada Ramadhan kita kali ini…??
Sudah terampunkah segala dosa kita pada Ramadhan ini..??
Adakah anda yakin akan dibebaskan daripada api Neraka...??
Jika sudah, Alhamdulillah.
Tapi, sekiranya belum, sampai bila lagi untuk kita betangguh dalam beramal…???
Bila lagi kita nak berdoa...???
Dalam kesempatan ini, kita ambil 5 saat cuma untuk bermuhasabah...
Ramadhan hanya datang menjenguk kita setahun sekali…
Sekali pergi pasti tak akan kembali...
Ramadhan 2011 akan terus meninggalkan kita...
Dan Ramadhan akan datang belum tentu milik kita…
Oleh itu, hargainya..
Ramadhan kali ini perlu kita rebut sehabis-habisnya…
Tingkatkan ibadah, tinggalkan maksiat…
Ragut segala buah2 taqwa yang berjuntai daripada langit Ilahi…
Yang paling penting ISTIQAMAH dengan apa yang
kita lakukan pada bulan yang mulia ini…
Bercerita tentang Lailatul Qadar…
Adakah sudah menjadi milik kita pada tahun ini…???
Sedar ataupun tidak Ramadhan semakin berlalu pantas…
Dan malam yang lebih baek daripada seribu bulan itu
boleh jadi telah melintasi kita…
Semoga kita dalam keadaan beribadah ketika itu…
Ramai yang berdoa agar dipertemukan dengan malam ini...
Namun tidak semua insan bertuah untuk ALLAH pilih
Maka, tentera2 Yahudi mengupah isteri pahlawan tadi
agar mengikat badan suaminya dengan rambutnya sendiri...
Apabila suaminya sedar dari tidur, dia tidak boleh bergerak...
Lalu, beliau berdoa kepada ALLAH supaya dilepaskan
daripada ikatan ini dan bernazar untuk memerangi Yahudi
selama seribu bulan (83 tahun 4 bulan)..
Akhirnya, ikatan tadi terungkai dan beliau terus
memerangi Yahudi...
Begitulah serba sedikit kisah mengapa ALLAH
turunkan Lailatul Qadar untuk umat Muhammad s.a.w...
Umur kita singkat dan inilah peluang terbaek bagi kita
untuk mendapat pahala dan keampunan setaraf pahlawan tadi...
Sebelum mengakhiri entri kali ni,
Sebelum kita 'GRADUATED FROM UNIVERSITY OF RAMADHAN'...
marilah kita sama2 bermunajat kepada ALLAH...
Dikala saat2 akhir Ramadhan kali ini...
Sekiranya Engkau masih belum meRAHMATi kami,
maka RAHMATilah kami YA ALLAH...
Sekiranya Ramadhan ini Kau belum menerima KEAMPUNAN daripada kami,
maka kami merayu KEAMPUNANMu YA ALLAH...
Sekiranya kali ini kami masih tidak DIBEBASKAN daripada NERAKAMu,
maka bebaskanlah kami YA ALLAH...
Seandainya Ramadhan ini yang terakhir buat kami,
maka kabulkanlah doa kami YA ALLAH...
Engkau terimalah segala amalan kami...
Jadikanlah Lailatul Qadar itu sabagai nilai tambah kami...
YA ALLAH...
Hanya kepada Engkau kami menyembah dan
hanya kepada Engkau kami bermohon YA ALLAH...
Amiin...
Wallahua'lam..
KHOIRUM MINALLAH,
SYARRUN MINNAFSI...
2 comments:
Post a Comment