"CeBisAn HiDuP DA'ie WAQafAn..."

...DUNIA tak sentiasa KKJ...

Wednesday, April 20, 2011

tinta seorang da'ie 31 : PEMERGIANmu tertulis di azali...


Assalamualaikum w.t.b
Dan salam sejahtera..
Apa khabar semua??
insyaAllah pada entry kali ini..
ana nak bawakan sebuah kisah….
Semoga dapat menjadi iktibar kepada kita semua…

AL-KISAH bermula…

Pada hari Isnin, 18 April 2011…
Lebih kurang jam 10.30 malam..
Seorang muslimeen ni tiba di kediamannya bersama keluarga..
Perjalanan dari Perak memakan masa lebih kurang 2 jam…
Malam itu terlalu penat…
Suasana masih sayu…
Perasaan masih dibuai kesedihan…
Selesai solat, terus tidur…

FLASHBACK…

Pada hari Rabu, 13 April 2011…
Lebih kurang jam 8.00 pagi..
Dia dikejutkan dengan panggilan daripada saudara di kampung…
Datuknya kini sedang sakit teruk..
Sebelum ini datuknya sudah berada di wad biasa selama 6 hari…
Tetapi akibat masalah jantung,
Datuknya terpaksa dipindahkan ke wad UNIT RAWATAN JANTUNG (C.C.U)

Tanpa melengahkan masa dia pown pulang bersama bapanya ke Perak..

Setibanya di rumah (Perak), didapati bahawa keadaan atuknya stabil..
Selesai solat Zohor,
Mereka pown melawat ke atuknya di hospital..
Keadaan fizikalnya agak lemah..
Kurang selera makan..
Neneknya hanya menyuapkan beberapa sudu bubur kanji…
Matanya seperti semakin kurang jelas..
Tetapi masih mampu mengecam wajah orang yang melawatnya…

Keadaan ini berlanjutan sehingga hari Jumaat, 15 April 2011..
Selesai menghantar makanan pada jam 8.00 malam…
Mereka pulang semula ke rumah…
Oleh kerana wad itu dijaga dengan rapi,
Waris tidak dibenarkan untuk menemani pesakit pada waktu malam..
Sekiranya berlaku kecemasan, pihak hospital akan
Menghubungi keluarga…
Sanak saudara sudah ramai pulang ke kampung…
Mujurlah rumah atuknya besar…

Hari Sabtu, 16 April 2011…
Pada jam 7.00, pihak hospital menghubungi keluargaanya..
Keadaan atuknya kini sedang tenat…
Dengan sepantas kilat mereka menuju ke hospital..
Risau benar di dalam hati….
Kereta dipandu dengan berhati2…

Tidak lama selepas itu….

Didapati bahawa keadaan atuknya semakin stabil..
Malangnya, wad itu hanya boleh dilawati oleh 2 orang sahaja…
Pada satu-satu masa lah..
Jadi, kena bergilir2 untuk melawat…
Semakin ramai saudara mara pergi ke hospital..
Untuk melawat atuknya..
Atuknya kini kian lemah…
Seorang demi seorang bergilir-gilir membacakan surah Yasin..
Memandangkan bapa kepada muslimeen tadi
merupakan anak lelaki sulung atuknya,
Atuknya memberikan beberapa ucapan terakhir…
Lepas ini atuknya sudah tidak larat untuk berkata2 lagi…
Kini, sudah masuk waktu Zohor..
Suasana pilu mula menyelubungi ruangan menunggu di luar wad..

Ahli keluarga daripada perak, pulau pinang, kuala lumpur, kelantan dan sebagainya
mula menuju ke wad A2 Hospital Taiping tersebut termasuk dari Johor…
Kawasan luar wad penuh dengan sanak saudara..
Daripada adik-beradik, besan, sepupu, anak menantu sehinggalah ke cucu…
Semua turut hadir memberikan perhatian…

Pada jam 6.30 petang…
Keadaan atuknya semakin nazak..
Alat bantuan pernafasan kini dipasang..
Dadanya di tekan oleh doktor…
Paru-parunya kini sudah tidak berfungsi..
Mungkin kerana  terlalu lama menghisap rokok sebelum ini..
Jantungnya pown sudah semakin lemah..

Bacaan ayat suci Al-Quran, surah Kahfi dan Yasin semakin
kuat dialunkan..
Sakaratul maut semakin tiba..
Kakinya sudah kesejukan..

Seluruh ahli keluarga dibenarkan melihat pesakit…
Doktor tidak mampu berbuat apa2..
Semua hanya mampu berdoa  kepada ALLAH..
Kalimah syahadah sentiasa diajarkan dari pagi tadi lagi…
Keadaannya semakin lemah…

Dan…

Innalillahi wainnailaihi raajiuun…

Atuknya telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.59 petang…

Seluruh ahli keluarga pulang ke rumah..
Hanya segelintir yang menguruskan jenazah di hospital…
Muslimeen itu turut mengiringi jenazah pulang ke rumah
dengan menaiki van jenazah…

Suasana di rumah, sesak dengan orang ramai..
Maklumlah.. arwah atuknya  mempunyai ramai kenalan…
Anaknya sahaja sudah 9 orang..
Belum termasuk cucu2nya lagi…
Jenazah diletakkan di atas katil yang di sediakan…
Ramai yang membacakan ayat suci Al-Quran..
Orang yang paling sedih tentulah isterinya..
Apakan daya, semua telah ditentukanNya…
Kita kena redha… kita kena ikhlas…

Keesokan harinnya.. jenazah dimandikan pada jam 9 pagi…
Seterusnya dikafankan…
Pengalaman kursus pengurusan jenazah sebelum ini
Dipraktikkan sepenuhnya pada ketika itu…

Lebih kurang 10.45 pagi jenazah dibawa ke masjid
untuk solat jenazah…
Sebelum itu segala hutang2 arwah telah dijelaskan oleh waris..
Makmum begitu ramai memenuhi masjid Changkat Ibol…
Semua itu untuk memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah…

Seterusnya jenazah dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan..
Selesai talkin bernada syahdu, semua pulang..
Tinggal beberapa orang anaknya seperti tidak
kesampaian untuk meninggalkan jenazah..


Pada jam 12.30..
Rumah arwah dikunjungi Dato’ Seri Nizar..
Beliau memang  akrab dengan arwah semasa hayatnya..
Setiap kali kenduri yang diadakan rumah arwah, Dato’ Seri
pasti dijemput hadir..
Dan beliau seringkali memenuhi setiap jemputan itu..
Beliau hadir agak lewat kerana lambat dimaklumkan..
Namun kunjungannya tetap memberikan penghormatannya
kepada arwah sebagai sahabat karib….


KESIMPULANNYA

SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MATI…

DARIPADA ALLAH KITA DATANG DAN KEPADANYA JUA KITA KEMBALI…

Arwah sudah selamat kembali ke rahmatullah..
insyaALLAH meningggal dunia dalam beriman kepada ALLAH..
wajahnya begitu tenang..
bibirnya tersenyum..
jasadnya masih tidak keras sehinggalah jenazah dikebumikan..
Subhanallah..

BAGAIMANA BILA SAMPAI WAKTU KITA KELAK??
ADAKAH KITA YAKIN YANG KITA AKAN MATI DALAM IMAN??
CUKUPKAH AMALAN KITA DI DUNIA??
MARILAH SAMA2 KITA MUHASABAH DIRI…

AL-FATIHAH
Semoga arwah diberkati ALLAH..
Dan ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh…

1 comments:

la tahzan ya akhi...
ana ucapkan takziah...
 

Post a Comment

sharing is caring...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cool Neon Green Outer Glow Pointer