"CeBisAn HiDuP DA'ie WAQafAn..."

...DUNIA tak sentiasa KKJ...

Wednesday, April 6, 2011

tinta seorang da'ie 28 : Ya ALLAH, jangan jemukan aku MELIHATNYA...


Assalamualaikum w.b.t..
Salam musafir dakwah alam cyber…
Serta salam 1Malaysia..
Eh, ni kesan tarbiyah PLKN la ni…
Sebetulnya, SALAM 1UMMAH… J

Sidang blogger yang ana hormati sekalian..
Semoga kita sentiasa dirahmati ALLAH..
Tajuk entry kali ini ialah “Ya ALLAH jangan jemukan aku MELIHATNYA”
Sebelum kita meneruskan pembacaan kita pada kali ini..
Anda semua dinasihatkan agar tidak tidur semasa membaca
dan sila berikan sepenuh tumpuan kepada screen di depan anda…
Ini bukan ‘amaran’, Cuma sekadar nasihat..
Moga2 kita mendapat sedikit sebanyak perkongsian ini..
Selamat membaca…  ;)

DI KALA HENING PAGI


Aku tidak jemu menatap matahariMu…
Aku menatap matahariMu terbit sinarannya…
Setiap pagi aku menatap matahariMu…
Setiap hari terbitmu di ufuk Timur…
Sambil diiringi sorakan burung2 berterbangan..
Menghiasi langit pagi…
Riang ria mencari secicit rezeki…
Buat anak di teratak usang…
Bunyian cengkerik semakin gegak gempita…
Barangkali gembira menyambut Fajar…
Lama-kelamaan cahaya Dhuha pown muncul…
Mengambil alih tugas Fajar…
Sinaranmu kini terasa suam2 kuku…
Belum seterik sinaranmu di waktu Zohor nanti…
Setiap detik aku melihat sinaranmu…
Menerangi  alam fana ini…
Jelas daripada jendela pondok sederhana ini…
Ya Allah.. indahnya ciptaanMu ini…
Aku akan sentiasa menatap mataharimu…
Selagi hayatku dikandung badan..
Selagi jasad ini masih bernafas…
Selagi malaikat maut belum menjemput…
Aku akan sentiasa menatap matahariMu…
Ya Allah..  Wahai Tuhan maha pemilik cakerawala…
Jauhkanlah aku daripada jemu menatapnya…
Ya Allah.. Ya Rabbal Izzati..
Berikanlah peluang kepada generasiku
kelak untuk terus menatap matahariMu..
Masih terbit di ufuk Timur…
Hanya kepadaMu aku memohon…


SENJAKALA ITU
  

Aku tidak jemu menatap matahariMu…
Aku menatap matahariMu terbenam sinarannya…
Setiap petang aku menatap matahariMu…
Setiap hari terbenammu di ufuk Barat…
Masih tetap diiringi sekumpulan camar pulang senja…
Sudah pasti anak2 mereka kegembiraan…
Asar itu semakin berlalu pergi…
Lama-kelamaan langit jingga warna senja pown menghadap…
Menghadap Tuhan penciptanya…
Sinarannya kini kembali suam…
Kian tenang…
Mungkin telah masuk waktu Maghrib…
Ramai orang sedang munuju rumahNya…
Indah sungguh panorama senja ini…
Aku akan merinduinya…
Hayatku tidak lama untuk terus menatapnya…
Aku akan kembali kepada pemilikku yang abadi…
Mungkin saja esok…
Ahh…
Siapa aku untuk menentukan hayatku…
Semuanya terletak di tanganNya…
Aku hanya mampu reda…
Ya Allah, aku kagum dengan ciptaanMu ini..
mata ini akan terus menatapnya…
sehingga akhir hayatku…
sehingga nikmat ini ditarik semula…
sehingga hari akhir kelak…
semoga malam ini aku masih dapat bertemu Isyak…
dan bertemu Subuh keesokan harinya…
aku akan merindui cahayaNya…

*semua ini adalah sudut pandangan daripada kaca mata seekor anak ayam
di dalam  reban ayam belakang rumahku…

HAKIKATNYA,
MEMANG TIDAK DAPAT ANA MENAFIKAN
KENYATAAN ANAK AYAM ITU…
PEMANDANGAN MATAHARI TERBIT DAN TENGGELAM
DI SINI MEMANG CUKUP INDAH..
DIHIASI DENGAN HIJAUNYA SAWAH BENDANG…
SELUAS SAUJANA MATA MEMANDANG…
TERUS KE LAUT…
KEPADA RAKAN2 YANG PERNAH BERKUNJUNG KE SINI
TAHUN LEPAS DENGAN 2 BUAH BAS TU…
ANDA BARU MENIKMATI 1 DARIPADA SEJUTA NIKMAT DI SINI…
SESIAPA YANG BELUM MERASA, BOLEH JE NAK DATANG…
TIADA SEBARANG CAJ TERSEMBUNYI DIKENAKAN.. J


Sedikit renungan buat semua….

Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang…
Dan bulan apabila ia mengiringinya…
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata…
 Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita)…
Demi langit dan yang membinanya
 (dalam bentuk yang kuat kukuh - 
yang melambangkan kekuasaanNya)…
Serta bumi dan yang menghamparkannya
 (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya)…
Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya 
(dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya)…
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, 
dan yang membawanya kepada bertaqwa…
 Sesungguhnya berjayalah orang 
yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - 
bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)…
 Dan Sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - 
yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)…
 (ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya)
 Dengan sebab perbuatan derhaka
 mereka yang melampaui batas…
 Ketika orang yang paling jahat di antara 
mereka menerima perintah dari mereka
 (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat)…
Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi soleh) kepada mereka:
 " (janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan
 (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat)
 air minumnya
 (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"…
(setelah Nabi soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu.
 Dengan sebab dosa mereka,
 maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab 
yang membinasakan serta ia meratakan azab itu meliputi mereka
 (sehingga punah-ranah semuanya)….
Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian,
 (kerana itu adalah balasan yang adil)….

(Surah Asy-Syams ayat 1-15)






1 comments:

nukilan yg 'agak' bley tahan la... Ambek mane ni?? :)
 

Post a Comment

sharing is caring...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cool Neon Green Outer Glow Pointer